Rafizi Diberi 3 Hari Untuk Pujuk Tony Pua Berdebat

Rafizi Diberi 3 Hari Untuk Pujuk Tony Pua Berdebat

Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik BN, Eric See-To memberi tiga hari kepada Rafizi Ramli untuk memujuk Tony Pua berdebat isu Projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang bernilai RM6.34 bilion.

Beliau juga mencadangkan Rafizi menggunakan INVOKE menganjurkan debat terbuka itu antara mereka bertiga.

tony pua Kerana DAP Pengecut, Rafizi & Saya Harus Buat 2 Debat & Bukan 1 - Eric See-To

Sekiranya Tony Pua masih lagi enggan berdebat, Eric See-To mencabar Rafizi pula untuk berdebat dengannya isu berkaitan GST, MRT, Industri penerbangan dan pelaburan Tabung Haji yang sering diputarbelit oleh Naib Presiden PKR yang dikenali jolokan “pakar segala pakar” itu.

“Nampaknya Tony Pua dan Rafizi hanya berani ‘berkokok’ di luar gelanggang tetapi tidak berani ‘masuk gelanggang’.

“Mereka cepat memanggil orang lain pengecut bila enggan berdebat selepas dicabar tapi sebenarnya merekalah pengecut yang sebenar,” ujar beliau.

Takut Untuk Berdebat, Tony Pua Sanggup Hina Rakan

Tegasnya lagi alasan Tony Pua kononnya beliau tidak layak berdebat dengannya kerana ‘nobody” mencerminkan sikap penakut dan keanak-anakan MP Petaling Jaya Utara itu.

“Jika dia takut berdepan seorang diri, Tony Pua boleh bergandingan dengan Rafizi,” katanya.

Cabaran debat 2 lawan 1 itu sebenarnya satu sindiran dan penghinaan besar kepada Rafizi dan Tony Pua yang selama ini dianggap bijak dan berkarisma tetapi sebenarnya hanya indah khabar dari rupa.