Rafizi Kata Syarikat Penerbangan MAS Membeli Pesawat Adalah Satu 'Skandal'

Rafizi Kata Syarikat Penerbangan MAS Membeli Pesawat Adalah Satu ‘Skandal’

Rafizi Ramli “bongkar” bahawa MAS ada rancangan untuk beli 100 kapal terbang baru dari Boeing yang beliau tuduh akan mencecah RM50 bilion.

Eh, bukankah, Malaysia sudah bankrap dan MAS sudah bankrap? Mana datang wang RM50 bilion untuk beli kapal terbang pula?

Sebagai syarikat penerbangan yang sudah pulih dan perlukan pesawat baru untuk menggantikan pesawat lama yang juga untuk tujuan perkembangan laluan baru, takkan MAS mahu beli kereta ataupun sampan pula?

Beli apa? Beli kapal terbang lah.

Beli Boeing Tidak Melibatkan Duit Rakyat Pun

Tahun 2014, MAS ditimpa tragedi berganda MH370 dan MH17 dan sektor pelancongan serta perniagaan MAS terjejas teruk.

MAS pun buang banyak pesawat-pesawat mereka, batalkan banyak laluan-laluan dulu dan terpaksa mengurangkan tenaga kerja mereka sebagai langkah penstrukturan semula.

Tiga tahun kemudian, kini penstrukturan semula sudah selesai dan situasi sudah berubah. Peluang sudah tiba.

Kalau dilihat data-data untuk tahun lepas dan tahun ini, sektor pelancongan Malaysia sudah meningkat dengan mendadak. Pelancong-pelancong luar negara semakin memilih Malaysia sebagai destinasi pilihan.

Jika Rafizi ada melawat ke pesta MATTA, beliau juga akan lihat betapa ramainya rakyat Malaysia yang mahu melancong ke luar negara.

Kalau bukan sekarang untuk MAS berkembang kembali, bila lagi?

Pembelian Pesawat MAS Dibuat Secara Pajakan Semula

Kalau pernigaaan MAS pulih dan kini mahu berkembang, maksudnya lebih banyak peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia kerana pesawat tidak akan terbang dan tidak akan menyediakan makanan untuk penumpang-penumpang sendiri.

Rafizi Ramli perlu leave it to the professionals seperti Peter Bellew yang ada track-record yang baik. Takkan Peter nak jahanamkan reputasi dirinya kalau MAS tidak maju?

Saya pelik bila Rafizi sudah menjadi pakar “aviation” dan mahu mempertikaikan pakar-pakar aviation sebenar seperti Peter. Syarikat kecil INVOKE dan KEIP Resources milik Rafizi, beliau sendiri pun sudah keliru. Kini mahu kacau MAS lagi?

Lebih-lebih lagi, MAS akan berhati-hati dan memilih kaedah “leasing” untuk memperoleh pesawat-pesawat baru. Bukan bayar tunai. Kaedah leasing ini juga membolehkan MAS mengembalikan pesawat-pesawat kepada pihak leasing kalau perniagaan MAS tidak berjalan lancar – ini satu cara untuk mengurangkan risiko.

Bila perniagaan syarikat penerbangan berjalan lancar, menempah pesawat-pesawat dengan bilangan besar bukanlah sesuatu yang pelik.

Tahun 2011, AirAsia menempah sekaligus 200 pesawat dari Airbus:

Tahun lepas, AirAsia menempah lagi 100 pesawat dari Airbus.

Sudah-sudahlah Rafizi. Kami semua sudah tahu kamu ini kaki menipu dan tugas kamu hanya untuk menghasut rakyat setiap hari.

Permainan kamu sudah lama terbongkar.

Oleh Lim Sian See