Rafizi Perlu Kekal Mengira Lembu & Berhenti Mengira Kapal Terbang

Rafizi Perlu Kekal Mengira Lembu & Berhenti Mengira Kapal Terbang

Dalam artikel blog yang disiarkan pada 2 Oktober 2017, Rafizi Ramli memaparkan perincian mengenai syarikat penerbangan Malaysia, MAS, ‘membazirkan’ RM53 bilion untuk membeli 75 pesawat baru. Ketika syarikat-syarikat penerbangan utama di seluruh dunia membawa teknologi terbaru dan meneraju perniagaan penerbangan, Rafizi mahu MAS terbang pesawat zaman ‘Perang Dunia ke II’.

Rafizi Kata Syarikat Penerbangan MAS Membeli Pesawat Adalah Satu 'Skandal'

Dari lembu ke Kajang ke kapal terbang: Rafizi adalah ‘pakar segala pakar’ tetapi ‘habuk’ pun tiada

Bagi orang yang berpendidikan bahasa Inggeris seperti Rafizi, kita menjangkakan dia mengetahui maksud “penny-wise-pound-foolish”. Pada masa ini ketika orang menempah penerbangan mereka, mereka ingin tahu pesawat apa yang mereka akan naiki. Jika ia adalah pesawat antik tanpa internet dan sebagainya maka “maaf, terima kasih sajalah”. Kenapa anda fikir orang lebih suka terbang dengan Emirates dan syarikat penerbangan yang sewaktu dengannya?

Emirates mempunyai 244 pesawat Airbus A380 dan Boeing 777 dan mereka sedang menunggu penyerahan 262 lagi pesawat yang bernilai US$120 bilion. Dengan jumlah keseluruhan kira-kira 500 pesawat yang bernilai kira-kira RM1 trilion. Biar saya ulangi itu: SATU TRILLION RINGGIT. Dan Rafizi mahu berdebat tentang hanya RM53 bilion?

Bagaimanapun, pesawat itu tidak diperolehi sekali gus tetapi dihantar mengikut jangkamasa yang dijadualkan. Dan mereka sebenarnya tidak menambah jumlah pesawat sedia da sekarang tetapi menggantikan pesawat yang mana pajakan akan tamat tempoh dan akan dihantar untuk ‘pelupusan’. Dan apabila anda melupuskan pesawat lama anda perlu menggantikannya dengan yang baru atau anda akan berakhir dengan syarikat penerbangan yang tidak mempunyai pesawat untuk terbang.

KLIA Bersedia Atasi Lapangan Terbang Changi Pada Tahun 2018?

Kemudian terdapat peningkatan pelancong masuk dan keluar untuk ditampung (BACA: KLIA will likely rank among top 10 busiest airports in 2018). Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) adalah lapangan terbang ke-14 paling sibuk di dunia dan tahun lalu ia mengendalikan 53 juta penumpang, 70% daripada mereka adalah penumpang antarabangsa. Jadi, bukan sahaja lebih banyak pelancong asing datang ke Malaysia tetapi lebih ramai rakyat Malaysia pergi ke luar negara untuk bercuti juga (Apakah rakyat Malaysia sangat miskin?). Oleh itu haruskah MAS tidak memanfaatkan peningkatan pelancongan udara ini dan membenarkan orang lain mengambil peluang?

Ini adalah dunia yang bersaing secara kompetitif dan perniagaan syarikat penerbangan itu adalah industri yang kompetitif (walaupun di Pakatan Harapan terdapat persaingan yang begitu ramai yang mahu menjadi Menteri Besar Selangor dan ‘Perdana Menteri menunggu’ sehingga hari ini mereka tidak boleh mengumumkan siapa PM mereka secara spesifik). Perniagaan syarikat penerbangan sangat kompetitif, melainkan jika anda menawarkan kepada penumpang yang terbaru dan yang terbaik, anda boleh melupakan perniagaan ini.

Inilah sebab mengapa Emirates dan bukan MAS yang mendapat keuntungan

Rafizi sepatutnya berhenti berfikir seperti Melayu kampung dari Kemaman dan bercakap dengan kawan-kawannya di DAP. Kemudian dia akan tahu bagaimana “duit menghasilkan duit”. Rafizi telah menikmati kehidupan seperti apa yang DAP labelkan ‘orang Melayu dengan tongkat sambil menikmati faedah dasar DEB’ bahawa dia tidak memahami makna persaingan. Walaupun selepas tamat pengajian, dia tidak perlu bersaing untuk mencari pekerjaan dan ditawarkan pekerjaan yang selesa di Petronas yang membolehkan dia memiliki banyak masa lapang dengan gaji yang tinggi hanya kerana dia menjadi orang Melayu.

Bagi Rafizi semuanya adalah mengenai politik. Dan politik murahan juga. Apabila pelancong udara menempah tiket penerbangan mereka, mereka tidak bertanya tentang kepercayaan agama atau politik anda. Mereka mahu tahu apa pesawat yang anda ada. Dan kecuali MAS boleh bersaing dengan ‘pemain utama’ (kita belum bercakap mengenai memotong mereka) maka sayonara MAS.

Jika anda mendengar kata Rafizi (maksudnya tidak membeli pesawat baru tetapi terbang dengan pesawat lama Perang Dunia Ke II), MAS akan berakhir dengan malapetaka sama seperti ‘Langkah Kajang’ yang akhirnya mengakibatkan kematian Pakatan Rakyat. Dan kemudian, selepas Pakatan Rakyat dibunuh oleh ‘Langkah Kajang’, mereka membentuk Pakatan Harapan bagaikan burung phoenix yang bangkit dari abu dan menjadikan keadaan huru-hara yang lebih besar. Mereka dalam keadaan yang teruk, mereka terpaksa menjemput Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyertai mereka bagi membantu ‘menyelamatkan’ gabungan parti pembangkang. Dan Mahathir kini membunuh pembangkang dengan lebih cepat.

Bayangkan Amerika Syarikat mengundang Osama Bin Laden untuk menjadi Presidennya? Itulah yang berlaku kepada Pakatan Harapan. Ini adalah seperti petani, selepas separuh ayamnya telah dibunuh oleh musang, pergi menemui musang itu untuk meminta ia datang membantu menjaga ayamnya.

Ya, itu adalah Rafizi Ramli. Dia tidak dapat menguruskan urusannya sendiri dan dia mahu melantik dirinya sebagai perunding MAS bagi menasihati mereka bagaimana untuk menjalankan sebuah syarikat penerbangan. Ini seperti seorang pengembala lembu yang cuba menasihati pakar bedah otak mengenai cara melakukan pembedahan otak. Adakah Rafizi tidak tahu malu?

Dan Mahathir lah yang memusnahkan MAS dan Perdana Menteri Najib Tun Razak yang cuba menyelamatkannya dan selamatkannya daripada muflis. Bacalah artikel 2 September 2002 ini, ‘Malaysian Airlines to Sell Off Assets as Part of Restructuring’, untuk memahami bagaimana Mahathir secara praktikalnya memusnahkan MAS.

Mahathir Tak Berhak Beri Komen Pelan Pemulihan MAS Selepas Menjahanamkannya

Apabila Mahathir ‘menjual’ MAS kepada Tajudin Ramli (sebenarnya ia adalah jualan palsu yang bermaksud untuk menunjukkan ‘keuntungan atas kertas’) ia kaya dengan wang tunai dengan hampir RM1 bilion dalam rizab dan pada masa kerajaan membeli semula syarikat itu ia sudah ada “RM7 bilion lubang”. Jadi itu adalah RM8 bilion hanyut ke longkang atau, seperti yang Mahathir gemar berkata, hilang entah ke mana.

Sekiranya Rafizi ingin tahu bagaimana dan mengapa bosnya, Mahathir, bangkrapkan MAS maka marilah kita memberikannya petunjuk. Mahathir bangkrapkan MAS supaya dapat menyembunyikan fakta bahawa Bank Negara kehilangan RM31.5 bilion dalam perjudian pasaran tukaran mata wang asing. Dan Rafizi juga boleh pergi dan bertanya kepada bakal Perdana Menteri Pakatan Harapan, Lim Kit Siang, berkenaan kerugian RM31.5 bilion ini yang akhirnya membankrapkan MAS – Lelaki Cina tua itu sudah lama bercakap mengenai perkara ini selama lebih daripada 20 tahun dan mempunyai PhD dalam ‘Kerugian forex bank negara RM31.5 bilion’.

Khazanah Nasional Bhd mengeluarkan pelan hala tuju untuk menyelamatkan Malaysia Airlines. Bertajuk ‘Membangun semula Ikon Kebangsaan – Pelan Pemulihan MAS’, ia mengandungi 12 langkah utama yang perlu dilakukan dalam usaha menyelamat. (Baca di sini)

Rafizi banyak bercakap tetapi beliau enggan menyebut hakikat bahawa MAS berada dalam masalah kerana Mahathir, dan bukan kerana Najib, dan kerana Mahathir perlu menyembunyikan RM31.5 bilion yang Bank Negara rugi. Dan kenapa heret Habibul Rahman Kadir Shah ke dalam perkara ini? Apa kena mengena beliau dalam keseluruhan isu itu? Adakah Rafizi cuba menyindir bahawa Habibul adalah Ketua Pegawai Eksekutif MAS? Mungkin Rafizi terlepas berita tentang siapa CEO MAS itu. Dan keputusan Lembaga Pengarah tidak pernah menjadi keputusan satu orang seperti pada zaman Mahathir, bos Rafizi, yang memijak semua orang dan memastikan bahawa beliau satu-satunya yang akan menang.

Bagaimanapun, MAS tidak membeli 75 pesawat baru pada harga RM53 bilion seperti yang dikatakan Rafizi. MAS menyewa pesawat. Dan jika Rafizi tidak tahu mengapa memajak pesawat itu dan tidak membelinya, dia perlu kembali ke sekolah sebelum cuba mengajar MAS bagaimana untuk menjalankan sebuah syarikat penerbangan. Pengembala lembu tidak sepatutnya cuba untuk mengajar pakar bedah otak bagaimana melakukan pembedahan otak. Mereka harus terus mengira lembu, iaitu perkara terbaik yang mereka tahu lakukan.

Sumber: Malaysia Today