Rafizi, Saya Terima, Tetapi Sama Ada 2 Debat Atau Tiada Debat Langsung - Eric See-To

Rafizi, Saya Terima, Tetapi Sama Ada 2 Debat Atau Tiada Debat Langsung – Eric See-To

Tepat satu bulan yang lalu, Naib Presiden PKR YB Rafizi Ramli telah mencabar saya untuk berdebat tentang kutipan cukai.

Oleh kerana beliau sibuk dengan perbalahan umum dengan rakan-rakan partinya, saya telah meminta beliau bertanya kepada saya sekali lagi sebulan kemudian – iaitu sekarang.

Bagaimanapun, Rafizi mungkin terlupa.

invoke Rafizi Hendak Sekolahkan Siapa Sebenarnya Jika Beliau Sendiri Macam Tak Sekolah?

Mungkin Rafizi sibuk dengan kontroversi terbaru di mana syarikat yang 99% dimiliki beliau Invoke Solutions Sdn Bhd didapati telah membayar kepada syarikat yang 99% dimiliki KEIP Resources Sdn Bhd menggunakan dana yang diperoleh daripada sumbangan awam.

Di samping bayaran untuk tenaga kerja bernilai lebih daripada RM1.3 juta antara bulan Mac dan September 2017, KEIP Resources juga didapati telah mengenakan caj tambahan biaya pengurusan terhadap INVOKE – secara ringkasnya memperoleh keuntungan daripada sumbangan awam.

Apa pun, saya kini mengingatkan Rafizi tentang cabaran debatnya dan dengan rendah hati menerima cabaran itu – meskipun ini menjadi perdebatan umum pertama dalam hidup saya – tetapi saya mempunyai satu syarat.

Sebelum Rafizi mencabar saya, YB Tony Pua DAP secara terbuka mempertahankan projek Terowong Pulau Pinang.

Putar Belit Tony Pua Dijawab, Dicabar Debat Skandal Terowong Pulau Pinang

Oleh itu, saya telah mencabar YB Tony Pua DAP untuk perdebatan umum mengenai projek Terowong Pulau Pinang yang kontroversi tetapi beliau tidak memberi respon.

Projek terowong ini melibatkan dana negeri yang boleh berjumlah lebih daripada RM15 bilion dan mempunyai banyak aspek yang sangat diragui dan disyaki.

Antara lain, Kerajaan DAP Pulau Pinang telah membayar lebih daripada RM220 juta untuk membuat laporan kajian – yang didapati 400% lebih tinggi daripada skala yuran yang diwartakan.

Ia juga membenarkan hak tanah negeri berjumlah RM3 bilion untuk dijual terlebih dahulu walaupun permulaan pembinaan telah ditangguhkan selama bertahun-tahun.

Kerajaan DAP Pulau Pinang secara peliknya tetap senyap selepas saya menimbulkan penemuan baru tentang projek itu dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

Perdebatan umum tentang projek itu amat perlu di mana kita akhirnya dapat memperoleh jawapan daripada DAP.

Oleh itu, saya akan menerima cabaran debat Rafizi hanya jika Rafizi juga boleh mendapatkan Tony Pua untuk berdebat mengenai Terowong Pulau Pinang.

Ia akan menjadi dua debat atau tidak sama sekali. Sebagai “pakar segala pakar”, Rafizi juga dialu-alukan untuk membantu Tony Pua dalam perdebatan Terowong Pulau Pinang.

Nak Harapkan Tony Pua Atau Rafizi Sebarkan Berita Seperti Ini? Jangan harap

Apabila Pakatan Harapan mencabar saya untuk berdebat, saya perlu terima, jadi barulah adil jika saya meminta wakil Pakatan Harapan untuk berdebat, mereka juga harus menerima – terutamanya jika ia melibatkan projek yang melibatkan wang rakyat yang berpotensi mencapai RM15 bilion.

Jika Rafizi bersetuju maka saya memintanya untuk mendapatkan INVOKE mengaturkan masa dan tempat bagi kedua-dua perdebatan.

Oleh Eric See-To,
Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional