Sarawak Report Namakan Ambiga Sumber Maklumat

Sarawak Report Namakan Ambiga Sumber Maklumat

Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown menamakan bekas Presiden Majlis Peguam Ambiga Sreenevasan sebagai pemberi maklumat berhubung dakwaan pemimpin utama PAS menerima wang dari Perdana Menteri Najib Razak.

Menurut kenyataan pembelaan terhadap tuntutan balas yang diberikan kepada The Malaysian Insight, Rewcastle-Brown berkata beliau ada bercakap dengan Ambiga yang juga bekas Pengerusi Bersih itu mengenai Najib, 1MDB dan PAS pada Julai 2016.

“Ambiga beritahu kepada defendan, yang menurutnya sumber itu sebagai boleh dipercayai, jumlah yang diberikan itu sekitar RM90 juta,” kata Rewcastle-Brown dalam dokumen mahkamah bertarikh 11 Oktober itu.

Ambiga Mahu Rakyat Undi Juga Pakatan Yang Tidak Cekap Kerana Mahukan Perubahan

Dokumen pembelaan beliau telah difailkan kepada mahkamah berhubung saman fitnah Presiden PAS Abdul Hadi Awang itu terhadapnya pada April lalu.

Hadi mendakwa beliau difitnah dalam rencana Sarawak Report bertajuk “As Najib denies all over 1MDB let’s not forget his many other criminal connections” bertarikh 6 Ogos, 2016.

Rencana itu mendakwa wang itu bertujuan untuk menyogok PAS untuk menyebelahi Barisan Nasional.

Rewcastle-Brown berkata sebahagian perbualannya dengan Ambiga itu bertujuan baik, selain sebagai komentar politik yang berkaitan kepentingan awam.

Dalam tuntutan balasnya, Rewcastle-Brown berkata pihak yang menuduh telah dibantu atau membiayai dua blog, termasuk Malaysia Today yang diselenggara oleh Raja Petra Kamarudin dengan memuat naik rencana bertujuan menyerangnya.

“Serangan itu telah menyebabkan defendan (Rewcastle-Brown) mengalami tekanan yang tinggi, keresahan dan kebimbangan yang membuatkan beliau menuntut ganti rugi.”

Rewcastle-Brown juga memohon perintah injunksi untuk menghalang Hadi daripada mengganggunya.

Sumber: The Malaysian Insight