teh yee cheu Saya Pernah Bantah Permohonan Projek Ini Namun Diejek - ADUN DAP Tanjung Bungah

Saya Pernah Bantah Permohonan Projek Ini Namun Diejek – ADUN DAP Tanjung Bungah

“Saya pernah membantah permohonan projek ini namun ejekan pula yang diterima.”

Itu yang diluahkan ADUN Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu apabila diminta mengulas mengenai kejadian tanah runtuh yang berlaku di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah di sini pagi semalam.

Teh Yee Cheu berkata, ketika beliau menerima cadangan permohonan projek berkenaan, beliau telah menyuarakan alasan mengapa projek berkenaan tidak boleh diluluskan namun pandangannya langsung tidak dipeduli oleh pihak terbabit.

teh yee cheu Tanah Runtuh: ADUN Tanjung Bungah Minta Maaf

Menurutnya, beliau juga tidak mengetahui bila projek berkenaan diluluskan dan hanya mengetahui mengenai perkara itu selepas kerja-kerja awal di tapak pembinaan mula dilakukan.

“Apabila saya menyuarakan bantahan mengenai projek ini ada pula yang mengejek saya dengan mengatakan saya terlalu sensitif. Bukan projek ini sahaja yang saya bantah sekeras-kerasnya malah apa sahaja permohonan projek yang melibatkan pembangunan di lereng bukit saya tidak akan setuju namun suara saya tidak dipedulikan,” katanya ketika ditemui dilokasi kejadian di sini pagi tadi.

Mengakui beliau terlalu kesal dengan kejadian yang berlaku, Teh Yee Cheu berkata, kerajaan negeri harus bertanggungjawab atas tragedi yang telah meragut nyawa seorang penyelia tapak projek warga tempatan dan 10 pekerja warga asing.

Tanah Runtuh Tanjung Bungah: Apa Yang Kita Tahu Setakat Ini?

Sementara itu Teh Yee Cheu berkata, pihaknya mengesan tiga lagi projek perumahan bertingkat sedang dijalankan di kawasan lereng bukit di Tanjung Bungah, di sini.

Malah beliau difahamkan, sekurang-kurangnya 10 lagi projek pembangunan berisiko tinggi sedang dalam proses untuk diluluskan oleh pihak bertanggungjawab.

“Kawasan Tanjung Bungah mempunyai nilai hartanah yang tinggi dan ia memberi keuntungan kepada kapitalis yang tidak mengendahkan kepentingan alam sekitar,” katanya.