lim guan eng jagdep Selepas 9 Tahun, Baru 520 Unit Rumah Mampu Milik Kerajaan DAP Pulau Pinang Bakal Siap

Selepas 9 Tahun, Baru 520 Unit Rumah Mampu Milik Kerajaan DAP Pulau Pinang Bakal Siap

Dua hari lepas EXCO Perumahan Pulau Pinang, Jagdeep Singh Deo mengumumkan sebanyak 520 dari 11,800 unit rumah mampu milik kerajaan negeri bakal siap hujung 2017 untuk Fasa 1, Bandar Cassia di Batu Kawan, setelah 4 tahun lebih dibina.

Bayangkan kalau dalam tempoh 4 tahun, baru 520 unit dibina, bagaimana dengan lebihan 11,280 buah lagi seperti mana dijanjikan oleh Rejim DAP? Hitung kasarnya, maka lebih 20 tahun lagi baru rakyat miskin di Pulau Pinang boleh beli rumah.

Cekapnya Rejim DAP Pulau Pinang, tahun 2011 umum bina, 2014 baru nak mula, awal 2018 baru nak siap. Itupun mungkin disebabkan projek berkenaan terpaksa dipercepatkan sebagai ‘gula-gula’ Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14.

Tidak hairanlah kalau terowong yang dicadangkan pada tahun 2013, sehingga ke hari ini sebatang tiang pun belum dipacak, sedangkan tanah yang menjadi cagaran bayaran telah pun dijual dan dibangunkan oleh pemaju. Paling menarik sekali apabila kertas cadangan ‘feasibility studies‘ yang telah menelan belanja RM320 juta pun belum dapat dibentangkan kepada Rakyat.

Untuk rekod perbandingan, Kerajaan Barisan Nasional Johor telah membina dan menyiapkan sebanyak 15,139 unit rumah mampu milik untuk tempoh yang sama. Jadi, di mana yang dikatakan Rejim DAP Pulau Pinang itu Cekap, Akauntabiliti dan Telus?

Sumber: Cucu Tok Selampit