Selepas Ini Mungkin Rafizi Tubuhkan Tipu Sana Sini Sdn Bhd Pula

Selepas Ini Mungkin Rafizi Tubuhkan Tipu Sana Sini Sdn Bhd Pula

Menjawab Rafizi – Bahagian 3

RAFIZI BAYAR RAFIZI UNTUK MENGURUSKAN RAFIZI

Mungkin ada yang tertanya-tanya mengapa saya mengambil masa seminggu untuk menjawab Rafizi Ramli?

Saya sengaja mengambil masa seminggu untuk menjawab kerana saya mahu turut memberitahu orang ramai, bahawa sehingga hari ini saya tidak menerima sebarang notis guaman dari Rafizi. Sebagaimana ancaman dia kepada saya minggu lepas. Jangan kata notis peguam atau writ saman, salam perkenalan dari peguam dia pun belum ada lagi. Manakala di belakang saya pula sudah berbaris peguam menunggu untuk melawan samannya. Beliau boleh syok sendiri dengan membohongi orang ramai kononnya saya menggigit jari dan sebagainya kerana takutkan saman darinya. Tetapi Rafizi tidak boleh menipu dirinya sendiri.

Dalam dunia ini, sayalah satu-satunya pengangkat beg isteri PM yang paling hebat. Kerana seorang Ahli Parlimen yang juga seorang Naib Presiden sebuah parti perlukan masa selama satu setengah jam untuk satu sidang media bagi membelasah seorang pengangkat beg.

Dengan Tulisan Facebook Budak Pengangkat Beg Pun Rafizi Takut Ke?

Saudara saudari rakyat Malaysia yang saya hormati sekalian, dalam kehidupan ini seseorang yang bercakap benar, akan sentiasa bercakap perkara yang benar walaupun 10 tahun yang lepas atau 10 tahun yang akan datang. Manakala bagi seorang pembohong, cakapnya akan sentiasa berubah-ubah. Kerana dia tidak boleh ingat apa yang telah dia bohongi. Jangan kata 1 tahun atau 2 tahun, dalam sidang media yang sama pun dia tidak ingat apa yang dia bohong di awal sidang media. Kemudian di akhir sidang media dia cakap lain pula.

Rafizi dalam sidang medianya pada Khamis 28 September 2017 telah berkata seperti berikut;

“Untuk menubuhkan sebuah “pertubuhan” (sama ada persatuan, parti politik, yayasan dan lain-lain) yang bukan syarikat, permohonan perlu dibuat kepada Pendaftar Syarikat (Registrar of Societies atau ROS). Setakat ini, ROS telah dipolitikkan dan sebarang permohonan dilambat-lambatkan. Malah, ROS juga dilihat menjadi senjata kepada Umno/BN untuk menghukum mana-mana pertubuhan atau parti politik yang mereka tidak gemari.

Mengambil kira risiko INVOKE tidak akan diluluskan oleh ROS dan segala gerak geri kami dijadikan alasan untuk diberikan tekanan oleh ROS, saya membuat keputusan menubuhkannya sebagai sebuah syarikat sendirian berhad yang 99% milik saya.” (Dipetik dari rafiziramli.com)

Rafizi Dicabar Jawab 5 Soalan Berkaitan Aliran Wang INVOKE

Itu katanya di awal sidang medianya. Kononnya tidak mahu menubuhkan sebuah pertubuhan kerana bimbang masalah dari ROS. Manakala di akhir sidang media pula, dia pusing lagi. Sebab itu saya kata orang yang berbohong dia tidak akan konsisten. Kerana dia tidak ingat apa yang telah dia bohongi. Di akhir sidang media pula dia berkata, dia menubuhkan sebuah lagi syarikat miliknya, iaitu KEIP Resources Sdn Bhd kerana bimbang risiko tekanan dari pihak berkuasa terhadap syarikat INVOKE Solutions Sdn Bhd. Nampak atau tidak bagaimana dia cuba membelit untuk menghalalkan tindakannya bermain dengan wang orang ramai?

Ditubuhkan syarikat (INVOKE) kerana bimbang tekanan pihak berkuasa jika tubuhkan sebuah pertubuhan.

Setelah tubuhkan sebuah syarikat (INVOKE), ditubuhkan pula sebuah syarikat lagi (KEIP) kerana bimbang tekanan pihak berkuasa ke atas syarikat (INVOKE).

Selepas ini mungkin dia akan tubuh sebuah lagi syarikat. Dicadangkan dinamakan dengan nama, TSSSB (Tipu Sana Sini Sdn Bhd), kerana bimbang risiko tekanan pihak berkuasa ke atas KEIP pula.

Sepertimana yang saya katakan sebelum ini, setelah ditolak campur kali dan bahagi, akhirnya dia yang untung. Rafizi bayar Rafizi untuk menguruskan Rafizi. Lihat dokumen di bawah bagaimana duit dialihkan dari syarikat Rafizi ke syarikat Rafizi lebih awal dari tarikh invois.

Dokumen di bawah juga menunjukkan KEIP (99% milik Rafizi), telah membilkan INVOKE (99 % milik Rafizi) dengan caj pengurusan sebanyak 5%. Memungkinkan KEIP telah mengambil keuntungan dari hasil derma orang ramai kepada INVOKE. Jadi di mana rasionalnya Rafizi mengatakan dia tidak mendapat apa-apa keuntungan?

Invois berkenaan juga menunjukkan KEIP tidak mengenakan GST terhadap INVOKE. Sedangkan perkhidmatan pembekalan sumber manusia tertakluk kepada khidmat yang dikenakan GST. Dan dalam masa yang sama akta GST telah menetapkan, perniagaan melebihi RM500,000.00 setahun perlu berdaftar dengan Kastam. Semakan di talian dengan Jabatan Kastam menunjukkan KEIP tidak mendaftar.

Nampaknya Wan Azizah selaku Presiden dan Azmin Ali selaku Timbalan Presiden terus membisu setakat ini apabila melihat permainan silap mata yang dimainkan oleh orangnya sendiri. Atau pun, adakah Wan Azizah atau Nurul Izzah juga turut mendapat laba hasil dari permainan silap mata Rafizi?

Kita tunggu episod seterusnya. Permainan masih awal lagi. Belum pun tamat separuh masa pertama.

Oleh Rizal Mansor