Seleweng RM1.5 Bilion Dana KKLW: Lajim Ukin Tempelak Shafie Apdal

Seleweng RM1.5 Bilion Dana KKLW: Lajim Ukin Tempelak Shafie Apdal

Menurut Presiden Parti Harapan Sabah – Datuk Lajim Ukin, semasa beliau meninggalkan UMNO pada Tahun 2012, beliau adalah Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, selain itu, beliau juga mantan Timbalan Ketua Menteri dan Menteri, namun SPRM tidak pernah menyiasat beliau.

Menurut ADUN Klias itu, jangan kambing hitamkan SPRM kerana menyiasat dana KKLW sebanyak RM7.5 bilion semasa Presiden Parti Warisan Sabah menerajui kementerian tersebut.

Peter Anthony & Norhartaty Direman SPRM, Shafie Apdal Makin Takut, Rahsia Makin Terbongkar

Datuk Lajim dalam satu kenyataan pada Ahad memberitahu bahawa rakyat Sabah mahu mengetahui ke mana wang sebanyak RM7.5 bilion dana KKLW dibelanjakan. Jika terdapat salah guna kuasa, menurut beliau, tidak semestinya beliau juga perlu tutup mata, kerana sama-sama sebagai parti pembangkang yang mahu menumpaskan kerajaan parti Barisan Nasional.

Rakyat tahu, bahawa hak mereka dinafikan, khususnya pembinaan kemudahan asas seperti Bekalan Air Bersih Luar Bandar (BALB), Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB), Jalan Raya Luar Bandar (JRLB), serta bantuan kepada pelajar miskin di luar bandar.

Bukan rahsia umum, menurut Presiden Parti Harapan Sabah itu, bahawa terdapatnya paip air tetapi tidak berair, adanya loji penapis air, tetapi hanya gajah putih, adanya tiang elektrik tetapi tiada pendawaian. Jalan kampung dibina di kawasan sunyi/tidak berpenduduk.

SPRM Siasat 350 Projek Di Sabah, Ke Mana RM1.5 Bilion

Pada Oktober 2016, SPRM telah menyita lebih RM100 juta wang tunai berserta harta tidak bergerak daripada Pengarah dan Timbalan Pengarah Jabatan Air Sabah.  Pada satu operasi pada Oktober tahun ini lebih RM170 juta wang tunai dirampas atau dibekukan oleh SPRM di mana wang tersebut dipercayai berasal daripada dana RM7.5bilion tersebut.

Para pemimpin parti Warisan Sabah mempertikai tindakan SPRM terhadap para pemimpin parti itu, dan menganggap tindakan itu bermotifkan politik.

Sumber: Sabahtalk