Semakin Teruk Nyanyuk Mahathir & Lim Kit Siang

Semakin Teruk Nyanyuk Mahathir & Lim Kit Siang

Raja dan pengasas majalah ‘Playboy’, Hugh Hefner, telahpun meninggal dunia dalam usia 91 tahun. Namun dua orang tua di Malaysia masih tidak mahu menganggap diri tua, tidak relevan dan sudah dianggap fosil dinasour iaitu Tun Dr Mahathir dan Lim Kit Siang masih merasa diri muda belia.

Masing-masing masih mahu bergiat aktif di dalam politik bagi memastikan sekurang-kurangnya seorang dari anak mereka masih relevan dalam persada politik tanahair.

Bagi memastikan perkara itu berlaku, modus operandi kedua-dua mereka adalah sama. Buat serangan ‘political and character assasination‘ ke atas musuh utama politik mereka, Perdana Menteri DS Najib Tun Razak.

Semakin Teruk Nyanyuk Mahathir & Lim Kit Siang

Pertama, ‘Top Dog‘ Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir membuat kejutan (sudah tidak menjadi kejutan sebenarnya) membuat solat hajat kepada Anwar Ibrahim.

Ironi sekali apabila satu-satunya pemimpin di dunia yang memecat orang yang sama, membicarakan orang yang sama di mahakamah kerana meliwat, memenjarakan orang yang sama secara langsung atau tidak dan kini membuat solat hajat untuk orang yang sama iaitu Anwar Ibrahim.

Sepatutnya bukan solat hajat yang patut Tun Dr Mahathir lakukan, tetapi solat taubat!

Semakin Teruk Nyanyuk Mahathir & Lim Kit Siang

Kedua, hampir setiap hari dalam minggu ini, Ketua Pembangkang DAP di Parlimen, Lim Kit Siang menyerang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Terbaru, Lim Kit Siang mencabar SPRM untuk mengesahkan bahawa Perdana Menteri tidak layak untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke 14.

Ini sebab saya kata Lim Kit Siang terdesak dan nyanyuk. DS Najib Tun Razak tidak pernah disiasat, didakwa di Mahkamah, apatah lagi disabitkan dengan kesalahan rasuah. Jadi apa logiknya gesaan orang tua nyanyuk ini?

Walau bagaimanapun, kalau anak Lim Kit Siang saya setuju. Joseph Lim Guan Eng telah disiasat dan telah dibuat pertuduhan dua kesalahan rasuah dan salah guna kuasa di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang. Lim Kit Siang sepatutnya menggesa SPRM mengesahkan anaknya tidak layak bertanding di dalam PRU ke 14.

Semakin Teruk Nyanyuk Mahathir & Lim Kit Siang

Hal ini jangan tanya Joseph Lim Guan Eng. Jawapannya pasti beliau tidak bersalah walaupun bukti secara terang dan nyata mengatakan sebaliknya. Putar belit Ketua Menteri Rejim Pulau Pinang ini dapat dilihat dalam video wawancara dengan beliau di bawah.

Sumber: Cucu Tok Selampit