Shafie Apdal, Yang Salah Tetap Salah, Jenayah Tetap Jenayah

Shafie Apdal, Yang Salah Tetap Salah, Jenayah Tetap Jenayah

Wang tunai RM180 juta telah dibekukan oleh SPRM yang mereka percaya sebagai sebahagian daripada dana projek RM1.5 bilion yang diselewengkan dari Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) ketika Shafie Apdal bertanggungjawab sebagai menteri.

Tujuh orang, termasuk adik Shafie Apdal iaitu Hamid, anak saudara lelakinya Azis Jamman (Ketua Pemuda Warisan) dan dua pemimpin Pemuda UMNO Sabah telah ditahan berkaitan dengan siasatan.

SPRM juga dipercayai memanggil beberapa ADUN UMNO Sabah untuk disoal siasat mengenai projek-projek ini.

peter anthony Orang Kuat Shafie Apdal Ditahan SPRM, RM179 Juta Dirampas

Setakat ini, alasan utama yang diberikan oleh parti Warisan Sabah adalah ia pendakwaan selektif tetapi mereka yang ditahan peliknya tidak mengisytiharkan mereka tidak bersalah.

Pendakwaan berpilih masih bermakna anda telah melakukan kesalahan tetapi anda fikir ia adalah tidak adil kerana orang lain belum ditangkap.

Malah lebih pelik lagi kenyataan ini yang dikeluarkan oleh Shafie Apdal semalam.

Kenyataan ini pada dasarnya mencadangkan bahawa Shafie Apdal mengatakan beliau tahu banyak tentang perbuatan salah laku dalam kerajaan ketika beliau berada di dalam “inner circle” dan pada dasarnya merupakan ugutan sekiranya beliau disoal siasat atau ditahan atau didakwa, beliau akan mendedahkan semua salah laku tersebut.

Tertanya-tanya kenapa Shafie Apdal terpaksa menunggu untuk ditahan atau didakwa baru beliau akan buat pendedahan ini?

Ini juga menunjukkan bahawa ‘perjuangan’ yang dilaungkan Shafie Apdal adalah berasaskan kepentingan diri dan melindungi diri sendiri dan bukannya tentang melawan salah laku atau rasuah mahupun demi keadilan.

Seseorang yang menyembunyikan salah laku kerajaan ketika mana beliau mendakwa sedang memerangi kerajaan demi keadilan bukanlah seorang pejuang keadilan atau ikhlas.

Daripada menyatakan anda tidak bersalah atau kesediaan anda untuk disiasat, anda mengeluarkan ancaman ugutan atau mencadangkan bahawa anda menyembunyikan salah laku?

Jika anda benar-benar tidak bersalah maka biarkan diri anda disiasat dan walaupun didakwa, bersihkan nama anda di mahkamah.

Shafie Apdal adalah menteri yang bertanggungjawab dalam kementerian itu apabila kesemua projek ini telah dianugerahkan. Peter Anthony adalah Naib Presiden Warisan manakala adiknya didakwa bertanggungjawab menjalankan beberapa projek ini.

Sudah tentu, Shafie Apdal akhirnya akan disoal siasat oleh SPRM.

Persoalan mengenai bagaimana Warisan membiayai perkembangan pesatnya dan banyak ceramah dan acaranya selalu menjadi tanda tanya besar. Shafie Apdal juga harus menjawab soalan ini.

Peter Anthony & Norhartaty Direman SPRM, Shafie Apdal Makin Takut, Rahsia Makin Terbongkar

Walaupun telah dikurangkan dengan drastik sejak tahun 2009 disebabkan oleh dasar kerajaan, Sabah masih mempunyai kadar kemiskinan tertinggi di Malaysia. Dana berbilion dalam projek infrastruktur ini bertujuan memberi manfaat kepada rakyat Malaysia yang termiskin yang tidak menikmati jalan raya yang baik, tidak mempunyai akses kepada elektrik atau air bersih.

Untuk mengambil wang dan tidak menyampaikan projek-projek yang mengubah hidup atau menyiapkan di bawah spesifikasi sepatutnya adalah tidak boleh dimaafkan.

Semua ahli politik tidak patut menggunakan rakyat dan popularitinya untuk menyembunyikan salah laku dan rasuah mereka. Jangan berpura-pura menjadi pejuang keadilan dan rakyat apabila anda sendiri terlibat atau melindungi ketidakadilan dan telah menganiaya rakyat – terutama golongan paling memerlukan.

Tidak kira betapa keras usaha atau betapa meyakinkan kempen dan ucapan politik anda dan berjaya berbohong untuk mengumpul ramai penyokong – yang salah tetap salah.

Oleh Lim Sian See