ab rashid mahathir Siapa 'Bos Penipu Rakyat' Yang Bekas Pengerusi SPR Maksudkan?

Siapa ‘Bos Penipu Rakyat’ Yang Bekas Pengerusi SPR Maksudkan?

Bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Ab Rashid Abdul Rahman, ketika berucap di Himpunan KelentongBasi dua hari lepas antara lain berkata 99% rancangan yang dijalankan Barisan Nasional (BN) adalah untuk menipu Rakyat. Kata beliau dipetik Malaysiakini.

“Jangan terkejut, saya bekas pengerusi SPR. Saya berdiri di sini, sebab saya muak melihat kelakuan pemimpin kerajaan, yang dulu kononnya ‘bos’ saya. 99% rancangan (BN) diadakan untuk menipu, menawan hati rakyat. Beri sedikit, kaut banyak.”

Mari kita lihat garis masa (timeline) di bawah:

1. Tempoh perjawatan Ab Rashid sebagai Pengerusi SPR adalah dari 12/11/2000 hingga 30/12/2008.

2. Dari 1979 hingga 1995, Ab Rashid adalah Setiausaha SPR, orang yang paling berpengaruh selepas Pengerusi SPR.

3. Najib Tun Razak dilantik menjadi Perdana Menteri pada 03/03/2009.

Yang pasti Najib Tun Razak bukanlah ‘bos’ yang dimaksudkan oleh Ab Rashid kerana pada hari terakhir beliau sebagai Pengerusi SPR, Najib Razak masih belum menjadi Perdana Menteri. Siapakah Perdana Menteri yang paling lama Ab Rashid menaburkan khidmatnya? Adakah beliau ‘bos’ yang sama yang Ab Rashid maksudkan untuk melakukan penipuan di dalam PRU? Adakah orangnya mantan Perdana Menteri 22 tahun, Tun Dr Mahathir Mohammad?

mahathir daim anwar Ringkasan RCI Skandal Kerugian Forex RM32 Bilion BNM: Kami Tak Tahu