Sistem LRT Terbahagi Dua, Mahathir Fikirkan Kepentingan Kroni Atau Rakyat?

Sistem LRT Terbahagi Dua, Mahathir Fikirkan Kepentingan Kroni Atau Rakyat?

Cuba kita renung sejenak.

Pengangkutan awam yang berharga ratusan malah berbilion Ringgit dibina untuk kemudahan rakyat, bukan?

Sebagai Perdana Menteri, macam mana Tun Mahathir boleh bersetuju agar sistem LRT terbahagi dua?

LRT Putra diberi kepada TS Halim Saad dan LRT STAR kepada TS Vincent Tan.

Mana ada dalam seluruh dunia ini sistem pengangkutan bandar dibahagikan kepada dua?

London, New York, Moscow, Tokyo, Bangkok, semuanya satu sistem.

Kenapa tidak buat satu syarikat joint-venture, 50/50?

Sekurang-kurangnya tidak menyusahkan rakyat.

Jawapannya – kedua-dua Tan Sri tu tak mahu kongsi. Dua-dua tamak.

Yang Tun Mahathir pun patut bantahlah, tetapi tidak. Biarkan kroni-kroninya teruskan perancangan gila LRT terbahagi dua. Kedua-duanya kuat melobi, entah apa yang disogokkan.

Kos pembinaan pun lebih tinggi, kos penyelenggaraan juga lebih tinggi, maka harga tiket pun lebih tinggi.

Logik kah dari Ampang naik sistem STAR, sampai Masjid Jamek, keluar stesen STAR, lintas Jalan Tun Perak, beratur beli tiket lain di stesen Putra, baru boleh sampai Petaling Jaya?

Ada pula sistem ketiga, untuk ke KLIA, pergi bagi habuan kepada TS Francis Yeoh.

Apa jenis perancangan kah ini?

Tun Mahathir fikirkan kepentingan kroni atau kepentingan rakyat?