SPRM Gelarnya 'Dana Politik', Mahathir Gelarnya 'Rasuah'

SPRM Gelarnya ‘Dana Politik’, Mahathir Gelarnya ‘Rasuah’

“Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak mempunyai kuasa untuk menyiasat atau mengambil tindakan terhadap individu yang terlibat dalam dana politik kerana Malaysia pada masa ini tidak mempunyai undang-undang untuk mengawal pembiayaan politik,” kata Azam Baki, Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya itu.

Tun Dr Mahathir Mohamad pernah berkata bahawa nama lain untuk ‘dana politik’ adalah ‘rasuah’, dan rasuah berada di bawah kategori korupsi. ‘Dana politik’, istilah yang digunakan oleh Azam Baki, hanyalah rasuah dan korupsi versi yang lebih baik.

Apa-apa pun, kita bukannya cuba untuk bermain permainan semantik di sini, permainan yang Mahathir begitu gemar untuk mainkan. Sebagai contoh, Mahathir berkata gajinya sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun tidak sampai RM1 bilion – oleh itu, bagaimanakah beliau mampu membayar Lim Kit Siang RM1 bilion?

Mahathir Berlakon Kerana Takut RCI, Lim Kit Siang Berlakon Kerana Takut ROS

Malah gaji Presiden Donald Trump hanyalah US$400,000 setahun atau kira-kira RM1.7 juta. Apabila beliau bersara, beliau hanya memperoleh pendapatan sebanyak RM8.5 juta, kecualilah jika beliau memenangi penggal kedua maka ia akan menjadi RM17 juta. Secara teori, jika Trump kekal berkhidmat selama 22 tahun, beliau akan memperoleh hanya RM37.4 juta.

Tetapi itu tidak bermakna Trump bukanlah seorang jutawan dan beliau tidak boleh mengatakan bahawa beliau tidak mempunyai RM1 bilion atau kira-kira US$235 juta hanya kerana gajinya sebagai Presiden Amerika Syarikat tidak sampai US$235 juta walaupun beliau berkhidmat untuk dua penggal. Jadi, hujah Mahathir adalah untuk orang-orang yang berfikiran cetek yang tidak mampu merasionalisasikan sesuatu perkara.

Di Jepun, Mahathir dikenali sebagai ‘Mister 10%’. Di Eropah, semua syarikat multinasional besar tahu bahawa untuk melakukan perniagaan di Malaysia, anda perlu memberikan sekurang-kurangnya 20% atau 30% sebagai kontinjensi untuk ‘sumbangan politik’. Hakikat bahawa anda tidak boleh melakukan perniagaan di Malaysia melainkan jika anda membayar bukanlah rahsia dan setiap orang tahu tentang ini. Barry Wain pernah menyebut tentang ini dalam bukunya dengan terperinci, sama juga dengan Edmund Terence Gomez dan Jomo Kwame Sundaram. Perkara ini juga telah dibangkitkan oleh Dewan Perniagaan Melayu semasa satu seminar pada tahun 1985 dan jawapan yang mereka terima adalah wujudnya korupsi di setiap negara.

Mahathir Masih Marah LHDN Berani Kutip Cukai Tidak Dibayar Kawan-Kawan Taikun Beliau

Dan semua ini bermula pada 1980-an, selepas Mahathir menjadi Perdana Menteri. Budaya baru ‘dana politik’ ini dimulakan oleh Mahathir dan disempurnakan oleh Anwar, menurut Mahathir sendiri. Jadi, isu sama ada Mahathir memiliki atau tiada RM1 bilion kerana gajinya berkhidmat selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri tidak sampai RM1 bilion adalah bukan satu isu. Sekiranya Mahathir dan keluarganya hanya bergantung pada gajinya, bagaimanakah anak-anaknya boleh bernilai puluhan bilion?

Isu di sini bukanlah kekayaan Mahathir tetapi kekayaan UMNO, yang diperolehi kononnya atas nama UMNO tetapi diletakkan di bawah proksi, penama dan kroni. Mahathir memegang kira-kira RM100 bilion di bawah proksi, penama dan kroni beliau dengan RM60 bilion di bawah Tun Daim Zainuddin.

Di manakah semua wang itu?

Apabila SPRM mengatakan bahawa undang-undang tidak membenarkan mereka mengambil tindakan terhadap sumbangan politik atau ‘dana politik’, kita perlu mengetahui perbezaan antara ‘sumbangan politik’, ‘dana politik’, ‘rasuah’, ‘peras ugut’ dan sebagainya. Sumbangan politik biasanya sah dan akan dilakukan dengan ketelusan. Dana politik pada dasarnya adalah untuk membeli undi atau pengaruh. Rasuah adalah sebagai dorongan untuk melakukan sesuatu atau dengan tujuan tertentu, dan selalunya untuk sesuatu yang melanggar undang-undang. Peras ugut adalah apabila anda terpaksa membayar jika tidak mahu menerima akibat tertentu kerana tidak membayar.

Rasuah Melayu Lebih Senang Daripada Rasuah Cina, Kata Mahathir

Terdapat satu kes di Terengganu di mana rasuah telah dibayar tetapi orang yang menerima sogokan itu tidak memenuhi tujuan rasuah itu. Jadi orang itu menegaskan bahawa ia bukanlah rasuah kerana beliau hanya mengambil wang tanpa memenuhi perjanjian itu. Hakim masih mensabitkan orang itu dan memenjarakannya. Hakim memutuskan bahawa ia masih rasuah jika anda menerima wang tetapi tidak melakukan apa yang anda sepatutnya lakukan. Oleh itu, ia menjadi rasuah apabila anda bersetuju dengan perjanjian itu walaupun perjanjian itu tidak dipenuhi.

Dalam kes Mahathir dan Lim Kit Siang, mereka membuat pakatan rahsia dan tidak memaklumkan parti mereka mengenainya. Tidak ada seorang pun dalam Pakatan Harapan yang menyedari bahawa Mahathir dan Lim Kit Siang kini konspirator bersama. Ramai yang perasan perubahan pada kedua-dua Mahathir dan Lim Kit Siang tetapi tidak tahu sebabnya. Mahathir dan Lim Kit Siang menjadi rakan, sama mustahilnya dengan Israel melantik Osama Bin Laden sebagai Perdana Menteri mereka yang baru.

Untuk memperoleh RM1 bilion, Lim Kit Siang pertama sekali harus bersetuju dengan PPBM menyertai Pakatan Harapan sebagai komponen pakatan keempat. Kemudian Lim Kit Siang perlu bersetuju untuk Mahathir menjadi Pengerusi pakatan itu. Ketiga, Lim Kit Siang tidak boleh mendedahkan apa yang beliau ketahui mengenai skandal kerugian forex RM31.5 bilion semasa pendengaran RCI. Akhir sekali, Mukhriz mesti diberi kerusi parlimen yang selamat untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang. Sekiranya boleh, beri kerusi yang DAP boleh ‘kawal’ dan boleh beritahu pengundi siapa yang patut diundi.

Semakin Teruk Nyanyuk Mahathir & Lim Kit Siang

Ini adalah empat syarat yang dikenakan untuk sogokan RM1 bilion itu. Lim Kit Siang telah memenuhi tiga syarat itu dan telah menerima RM750 juta setakat ini dan baki sebanyak RM250 juta akan dibayar sebaik sahaja mereka mengesahkan kerusi untuk Mukhriz bertanding.

RM250 juta bagi setiap satu syarat mungkin nampak mahal tetapi apabila anda membandingkannya dengan sogokan RM90 juta yang didakwa dibayar Perdana Menteri Najib Tun Razak kepada Presiden PAS Abdul Hadi Awang, RM20 juta yang dibayar Mahathir kepada Khairuddin Abu Hassan, US$5 juta yang Mahathir bayar untuk tiga sidang akhbar DoJ Amerika Syarikat dan sebagainya, ia sebenarnya tidak begitu banyak.

Apa yang lebih penting ialah apabila anda mempertimbangkan RM5 bilion yang telah Mahathir peruntukkan untuk menggulingkan Najib – RM2 bilion untuk ANC (Kempen Anti-Najib) dan baki untuk membiayai pilihan raya umum akan datang – RM1 bilion untuk menyogok Lim Kit Siang kedengaran sangat kecil jika dibandingkan dengan yang lain.

Sumber: Malaysia Today