Syed Saddiq, Bertindak Lebih Baik Dari Bercakap, Laporkanlah Pada SPRM - Anina

Syed Saddiq, Bertindak Lebih Baik Dari Bercakap, Laporkanlah Pada SPRM – Anina

Assalamualaikum dan hi Malaysia!

Pertama sekali saya doakan semoga Syed Saddiq tabah menghadapi segala fitnah tentang kehidupan peribadi beliau dan keluarga. Saya telah melaluinya sejak lebih setahun yang lalu hingga kini.

Keduanya, Syed Saddiq agak ketinggalan dalam menyuarakan isu dedak ini. 3 bulan yang lalu saya telah membuat laporan kepada pihak PDRM, SKMM, SPRM dan Lembaga Disiplin parti. Hari ini Dato Hamidah Osman juga mengambil tindakan yang sama dengan melaporkan dakwaan tersebut di SPRM.

Saya bersetuju dengan saranan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang menyarankan supaya Syed Saddiq melaporkan kepada SPRM dengan segera tentang segala dakwaan beliau. Berikanlah segala bukti yang ada kepada SPRM untuk disiasat.

Bertindak lebih baik dari bercakap.

Oleh Anina Saadudin