Takut Untuk Berdebat, Tony Pua Sanggup Hina RakanTakut Untuk Berdebat, Tony Pua Sanggup Hina Rakan

Takut Untuk Berdebat, Tony Pua Sanggup Hina Rakan

Ahli Parlimen DAP Tony Pua menolak cabaran debat oleh timbalan pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional Eric See-To Choong mengenai projek terowong dasar laut di Pulau Pinang. Dengan sombongnya dia memanggil Eric See-To sebagai “nobody” (bukan sesiapa).

Tony Pua berkata tarafnya untuk berdebat sekurang-kurangnya seorang ahli parlimen dan bukannya Eric See-To yang tidak memegang apa-apa jawatan.

Seperti kata Ketua Penerangan UMNO Annuar Musa, Pakatan ini ada sikap “kawan makan kawan”. Sebab itu Tony Pua sanggup panggil Eric See-To “nobody” walaupun mereka berdua pernah menjadi rakan seperniagaan. Malah Eric See-To pernah memberi dana ketika Tony Pua menghadapi masalah kewangan.

Tapi rakyat tahu Tony Pua sebenarnya mahu menutup ketakutan dirinya untuk berdebat. Dahulu dia cabar Arul Kanda untuk debat tentang 1MDB tapi apabila cabarannya disahut, dia ubah syarat. Tony Pua juga mahu tutup ketakutan DAP yang sehingga kini gagal memberi penjelasan yang nyata tentang projek terowong yang kosnya akan mencecah RM15 bilion.

Sumber: Taipingmali