Tanah Runtuh: Jabatan Perancang Bandar & Desa Pulau Pinang Pun Tolak Cadangan Projek?

Tanah Runtuh: Jabatan Perancang Bandar & Desa Pulau Pinang Pun Tolak Cadangan Projek?

Menurut Noh Omar, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerajaan Persekutuan tidak mempunyai kuasa untuk menghalang sebarang projek pembangunan yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang – atau mana-mana kerajaan negeri.

Ini adalah kerana isu tanah dan penggunaan tanah sentiasa menjadi urusan kerajaan negeri di bawah perlembagaan kita.

Walau bagaimanapun, beliau membuat tuduhan yang sangat serius.

Beliau berkata, selain dari penolakan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS), projek di mana terjadinya kejadian tanah runtuh itu pada awalnya ditolak oleh Jabatan Perancang Bandar dan Desa majlis tempatan Pulau Pinang sendiri.

Beliau terus mendakwa lagi bahawa penolakan ini kemudiannya ditukar oleh mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri yang dipengerusikan oleh Pengerusi yang juga merupakan EXCO bagi urusan tanah serta seorang Ketua Menteri.

Kerajaan DAP Pulau Pinang perlu menjelaskan perkara berikut sekarang:
1) Adakah benar bahawa Jabatan Perancang Bandar dan Desa Pulau Pinang pada mulanya telah menolak permohonan itu?
2) Adakah benar bahawa Jawatankuasa Perancang Negeri kemudiannya batalkan penolakan dan meluluskan projek itu.
3) Adakah kelulusan projek berdasarkan kepada “projek istimewa”?
4) Adakah Kerajaan DAP Pulau Pinang akan mendedahkan minit mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri di mana projek ini diluluskan?

Oleh Lim Sian See