Tanah Runtuh: Lim Guan Eng Kata Hanya Isu Kemalangan Tapak Kerja?

Tanah Runtuh: Lim Guan Eng Kata Hanya Isu Kemalangan Tapak Kerja?

Ketua Menteri Pulau Pinang, Joseph Lim Guan Eng bersungguh-sungguh berkata kejadian tanah runtuh di Lembah Permai, Tanjung Bungah adalah kemalangan di tempat kerja. Joseph Lim Guan Eng adalah seorang akauntan. Beliau bukan seorang jurutera atau pakar geo-teknik.

Kenapa kali ini beliau tidak membawa pakar perunding geo-teknik bersama seperti mana dalam lawatan ke Pangsapuri Kayangan Puri Mutiara, Fettes Park dan Ladang Hong Seng tempoh hari?

Ini bukan kes ‘scaffoldings‘ kerja yang runtuh. Ini kes cerun yang runtuh semasa kerja penambakan dan pembentukan cerun dijalankan. Ianya juga bukan satu runtuhan kecil.

15 pekerja binaan tertimbus dalam kejadian tanah runtuh itu. 7 mayat telah ditemui sehingga jam 11.55 pagi tadi. Tiada langsung rasa bersalah di pihak Ketua Menteri Rejim DAP Pulau Pinang ini.

Ikutlah motto Joseph Lim Guan Eng kalau mahu selamat – “Tiada hujan, tiada banjir. Tiada bukit , tiada tanah runtuh”. Yang penting hidup mesti gembira.

Nota Kaki: Waima China Press turut melaporkan ADUN DAP Tanjung Bungah sekalipun turut meminta maaf dan menghentam Rejim DAP Pulau Pinang dan Tokong berkaitan  isu tanah runtuh. Ada Tokong peduli?

Sumber: Cucu Tok Selampit