Tanah Runtuh Tanjung Bungah: Akibat Pembangunan Rakus Rejim DAP Pulau Pinang?

Tanah Runtuh Tanjung Bungah: Akibat Pembangunan Rakus Rejim DAP Pulau Pinang?

Sekurang-kurangnya 15 orang dikuatiri terperangkap selepas tanah runtuh melanda sebuah tapak pembinaan di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah, Pulau Pinang, pagi tadi. Pihak Bomba sedang giat menjalankan kerja menggali dan mencari mereka yang hilang.

Kejadian tanah runtuh berlaku di tapak pembinaan projek pembangunan 50 tingkat apartmen oleh Boon Siew Group di Taman Sri Setia di Tanjung Bungah jam 9.30 pagi ini. Dikhuatiri 15 orang pekerja tertimbus dan sedang diselamatkan oleh pasukan Bomba.

Rejim DAP Pulau Pinang tidak pernah belajar dari kesilapan membina dan membangunkan kawasan lereng bukit untuk pembangunan yang tidak dirancang dan secara berleluasa. Ketua Rejim DAP Pulau Pinang wajib digantikan disebabkan beliau gagal menjaga alam sekitar dan hutan menghijau. Hari ini beberapa nyawa terkorban akibat kerakusannya. Yamseng!

Sumber: Cucu Tok Selampit