Tanah Runtuh Tanjung Bungah: Rumah Mampu Milik Atau Kondominium Mewah?

Tanah Runtuh Tanjung Bungah: Rumah Mampu Milik Atau Kondominium Mewah?

Walaupun media dan Kerajaan DAP Pulau Pinang terus mengatakan bahawa tanah runtuh berlaku di tapak “projek perumahan mampu milik”, kebenarannya jauh dari itu.

Nama projek itu dipanggil [email protected] dan sebenarnya sebuah projek kondominium servis penuh yang dipasarkan sebagai “kemewahan dalam kemampuan”.

Menara berkembar 50 tingkat terdiri daripada 980 unit kondominium 864 kaki persegi.

Unit yang paling mahal ialah unit-unit dengan pemandangan laut dan berharga RM468,000 atau atau RM542 sekaki persegi.

Harga paling murah adalah yang pandang ke bukit (di mana anda dapat melihat bekas tanah runtuh ke arah anda) adalah RM428,000 atau RM495 sekaki persegi – yang hampir dua kali ganda dari harga banglo mampu milik Ketua Menteri berharga RM276 sekaki persegi.

Penyelenggaraan bagi setiap unit adalah 20sen sekaki persegi sebulan – atau RM172.80 dibayar setiap bulan.

Kerajaan DAP Pulau Pinang seolah-olah mempunyai definisi pelik tersendiri tentang “perumahan mampu milik”.

Perincian projek:

Bilangan unit: 980
Kawasan terbina: 864 kaki persegi
Kos penyelenggaraan kos: RM0.20 psf
(RM172.80 sebulan untuk setiap unit)
Menghadap laut: RM468,000
Pandangan bukit: RM428,000
Pandangan Kolej TAR: RM448,000

Kemudahan:
Kolam renang
Gimnasium
Perpustakaan & Bilik bacaan
Sudut bacaan luaran
RC Track
Kawasan lapang
Laluan joging
Taman refleksologi
Kawasan BBQ
Sky Garden
Kawasan bermain luar
Kawasan main tertutup
Dewan serbaguna
Lounge
Taman berlandskap