Tanah Runtuh Tanjung Bungah: Tapak Pembinaan Terlalu Hampir Dengan Kuari

Tanah Runtuh Tanjung Bungah: Tapak Pembinaan Terlalu Hampir Dengan Kuari

Gambar-gambar ini adalah dari lokasi tanah runtuh di Tanjung Bungah.

Nampaknya terdapat beberapa ‘pembotakkan’ di puncak bukit di belakang tapak pembinaan juga.

Kawasan yang dibotakkan dan kuari di atas tapak pembinaan juga tidak dapat membendung air – yang akan mengakibatkan aliran ke lereng bukit yang akan melemahkan tanah.

Ia pasti satu bencana yang akan berlaku bila-bila masa sahaja. Walaupun kedengaran agak kejam untuk mengatakan, lebih baik tanah runtuh berlaku sekarang dan bukan apabila kedua-dua pembangunan perumahan tinggi selesai dan beribu-ribu orang sudah berpindah masuk.

Tanah Runtuh Tanjung Bungah: Akibat Pembangunan Rakus Rejim DAP Pulau Pinang?

Projek pembinaan rumah mampu milik di Jalan Lembah Permai, Tanjung Bungah, Pulau Pinang yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh hari ini dibina terlalu hampir dengan kawasan kuari.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, berdasarkan maklumat awal, tapak pembinaan itu berada kurang daripada 500 meter dari kawasan kuari yang terletak di belakangnya.

“Pembangunan itu diluluskan oleh pihak kerajaan negeri berdekatan dengan kuari, tidak tak sampai 500 meter dan ini salah mengikut peraturan perundangan,” katanya.

Menurut Wan Junaidi, pihaknya telah mengarahkan petugas dari Jabatan Mineral dan Geosains Perlis dan Kedah untuk ke lokasi tersebut bagi menyiasat punca kejadian.

Dalam kejadian pukul 8.50 pagi itu, tiga pekerja maut manakala 11 lagi masih hilang dan dipercayai tertimbus dalam kejadian tanah runtuh tersebut.