razali Tarikh 'Certified True Copy' Dikatakan Tarikh Tubuh Syarikat Baru Oleh Rafizirazali Tarikh 'Certified True Copy' Dikatakan Tarikh Tubuh Syarikat Baru Oleh Rafizi

Tarikh ‘Certified True Copy’ Dikatakan Tarikh Tubuh Syarikat Baru Oleh Rafizi

Semalam, Rafizi Ramli menerusi blog dan Facebooknya mendakwa bahawa sebuah syarikat baharu ditubuhkan oleh Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) berdasarkan dokumen yang ditunjukkan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim dalam sidang media di Putrajaya pada Ahad lepas.

Di dalam Sidang Media hari ini, FELDA menegaskan tiada penubuhan syarikat baru yang beroperasi di London oleh FIC seperti didakwa oleh Rafizi Ramli.

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli telah membuat satu tuduhan yang berat dengan mendakwa kononnya FIC menubuhkan sebuah syarikat baharu bertarikh 17/10/2017.

Rafizi Ramli membuat andaian itu dengan hanya melihat gambar satu dokumen ketika sidang media Datuk Razali Ibrahim di Putrajaya pada Ahad lepas berhubung FIC yang kini dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Rafizi Ramli mengandaikan tarikh yang tertera pada dokumen itu sebagai penubuhan syarikat, namun sebenarnya ia adalah pengesahan daripada pihak peguam terhadap satu salinan sijil saham sebuah syarikat yang telah ditubuhkan sejak 2015.

Rafizi Ramli tersilap merujuk kepada laporan akhbar dan memahami tarikh 17/10/2017 itu sebagai tarikh penubuhan syarikat baharu, tetapi sebenarnya merujuk kepada tarikh ‘Certified True Copy‘ salinan sijil saham oleh sebuah syarikat peguam di London, Anthony Louca Solicitors.

Masaklah sotong kali ini. Satu lagi saman bakal menyusul.

Sumber: Cucu Tok Selampit