Teng Chang Khim Tak Jadi Dedah Kelemahan Khalid Ibrahim

Teng Chang Khim Tak Jadi Dedah Kelemahan Khalid Ibrahim

Datuk Teng Chang Khim tidak akan mendedahkan kelemahan Tan Sri Khalid Ibrahim semasa pentadbirannya, selepas bekas menteri besar itu berkata beliau tidak akan menyertai Barisan Nasional (BN).

“Sekarang ini memandangkan Tan Sri Khalid kata dia tak akan menyertai BN, jadi tak payah lah saya nak dedahkan kelemahan sebab dia bukan nak ke sebelah sana (BN) untuk kutuk kita.

“Dulu dia sebelah kita, lawan BN. Khabar angin kata dia nak ke sebelah sana hentam (kita) balik. Sudah tentu jawab saya, saya akan dedahkan kelemahan sebab dia dah tak ada prinsip,” kata EXCO Selangor itu ketika dihubungi FMT hari ini.

Khalid Ibrahim Cabar Teng Chang Khim Dedah Salah Laku Ketika Jadi MB

Sebelum ini, Teng Chang Khim memberi amaran kepada Khalid Ibrahim yang beliau akan mendedahkan kelemahan peribadi dan tadbir urus bekas pemimpin PKR ketika menerajui pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor, susulan dakwaan Khalid Ibrahim dalam senarai 4 bekas menteri besar negeri itu yang akan membantu kemenangan BN di Selangor.

Dakwaan itu timbul selepas Tan Sri Muhamad Muhamad Taib, Tan Sri Abu Hassan Omar dan Dr Mohd Khir Toyo diumumkan bergabung untuk membantu kempen BN menawan kembali Selangor, yang ditadbir gabungan pembangkang nasional sejak 2008.

Khalid Ibrahim kemudiannya mencabar Teng Chang Khim supaya mendedahkan kelemahan yang dikatakan itu, sambil menegaskan yang beliau tidak berhasrat menyertai BN mahupun PAS, hanya membantu kempen parti Islam itu pada pilihan raya umum akan datang.

“Sekarang dia kata tak akan menyertai BN, jadi tak ada isu lah saya nak buat apa-apa atau Pakatan Rakyat untuk buat apa-apa sebab dia bukan masuk BN. Masuk BN lain cerita lah,” kata Teng Chang Khim.

Khalid Ibrahim meletakkan jawatan menteri besar pada 26 Ogos 2014 dalam krisis kepimpinan negeri itu, selepas beliau dipecat dari PKR kerana melanggar arahan parti untuk membuka laluan kepada presiden parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Sumber: FMT