Tony Pua, Berhentilah Mengelirukan Orang Ramai, Sabotaj Ekonomi Anda Telah Gagal

Tony Pua, Berhentilah Mengelirukan Orang Ramai, Sabotaj Ekonomi Anda Telah Gagal

1MDB merujuk kepada kenyataan media yang dikeluarkan oleh YB Tony Pua semalam,  di mana beliau telah mengeluarkan beberapa kenyataan yang salah serta mengelirukan.

YB Tony mendakwa bahawa 1MDB kini merupakan ‘cengkerang kosong’ yang dibelenggu hutang ‘RM40 bilion’. Dalam usaha beliau untuk mengelirukan rakyat, beliau tidak memaklumkan bahawa beliau merupakan salah seorang dari ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), yang telah mencadangkan supaya sebahagian besar aset 1MDB dipindahkan dari 1MDB, kepada Menteri Kewangan diPerbadankan (MOF Inc.).

Sebagai balasan untuk aset yang dipindahkan, antara lain, TRX, Bandar Malaysia, tanah Pulau Indah dan tanah Air Hitam, 1MDB akan menerima bayaran dari masa ke semasa. Bayaran tersebut, bersama dengan hasil pengewangan aset, akan digunakan untuk pembayaran faedah dan prinsipal hutang bon dan sukuk jangka masa  panjang  1MDB, yang pada masa ini berjumlah kira-kira RM32.5 bilion (menurut kadar pertukaran wang asing terkini) dan bukannya RM40 bilion sebagaimana yang dinyatakan oleh YB Tony.

Biar GLC Bangunkan Bandar Malaysia? Nanti Tony Pua Kata 'Bail Out' Pula

YB Tony telah mempersoalkan, “Bagaimanakah 1MDB dapat menjana keuntungan?”. Kami ingin meminta YB Tony untuk merujuk semula kepada Laporan PAC 1MDB bertarikh 7 April 2016, muka surat 80 (yang juga boleh dimuat turun melalui laman web Parlimen Malaysia).

Maklumat pada muka surat 80 itu telah dibentangkan kepada PAC (yang mana YB Tony merupakan salah seorang dari ahli) . Antara lain, ia mengandungi butiran lanjut mengenai anggaran aliran kewangan program rasionalisasi 1MDB, yang mana menunjukkan lebihan sejumlah kira-kira RM3 bilion. Andaian konservatif di sebalik aliran kewangan tersebut juga diterangkan pada muka surat 81. Melalui pengawasan yang bersesuaian serta pembangunan hartanah secara kompeten di bawah MOF Inc. dan pengewangan aset-aset lain dari masa ke semasa, berkemungkinan besar, lebihan akan dijana, sama ada di peringkat 1MDB mahupun di peringkat pemegang saham penuh, iaitu MOF Inc.

Pakatan Tanyalah Mahathir & Anwar, Kenapa Tiada Laporan Audit Khas & PAC Skandal Forex

YB Tony dengan sengaja mengelirukan rakyat dengan menyatakan bahawa pelaburan 1MDB yang berjumlah RM12.1 bilion di dalam sektor tenaga telah mengakibatkan 1MDB mengalami kerugian bernilai berbilion ringgit apabila 1MDB menjual kepentingan tenaga kepada CGN pada nilai RM9.3 bilion. Beliau bukan sahaja mengemukakan angka yang salah, malah  beliau tidak menyatakan bahawa walaupun nilai kasar pembelian adalah berjumlah RM12.05 bilion, syarikat tenaga yang dibeli mempunyai RM1.63 bilion tunai di dalam akaun, dan oleh itu, nilai pembelian bersih adalah kira-kira RM10.42 bilion.

Tambahan pula, sepanjang tempoh pemilikan, sekurang-kurangnya RM2.18 bilion telah dihasilkan melalui dividen, yang mana sejumlah besarnya digunakan bagi membayar faedah ke atas hutang untuk pengambil-alihan syarikat. Oleh yang demikian, setelah wang tunai, dividen dan kos-kos lain diambil kira, apabila penjualan dibuat kepada CGN pada nilai RM9.83 bilion tunai (bukannya RM9.3 bilion sebagaimana yang disebut oleh YB Tony), 1MDB mencatatkan pencapaian yang hampir memulangkan modal (nota: jumlah akhir adalah tertakluk kepada pengesahan audit). Pencapaian ini boleh dibanggakan, jika dibanding dengan situasi sabotaj ekonomi yang dilakukan pembangkang ke atas 1MDB pada ketika itu.

Rafizi Diberi 3 Hari Untuk Pujuk Tony Pua Berdebat

YB Tony mendakwa bahawa 1MDB tidak membantu dalam menyelesaikan masalah Perjanjian Pembelian Kuasa (PPA) yang berat sebelah kepada penjana tenaga bebas (IPP), kerana beliau mendakwa bahawa tiada sebarang pengurangan tarif elektrik. YB Tony Pua sebenarnya mengelirukan tariff PPA (yang mana penurunan kosnya telah dibantu 1MDB) dengan tariff elektrik.

Sebagaimana YB Tony sedia maklum, tariff PPA hanyalah salah satu dari komponen tariff elektrik, dengan komponen lain seperti kos bahan api, penghantaran dan pengedaran. Faktanya adalah 1MDB mewujudkan persaingan ketika membida untuk PPA bagi stesen janakuasa baru dan pembaharuan kontrak PPA bagi stesen janakuasa sedia ada.

Hasil dari penglibatan 1MDB di dalam pembidaan tersebut, tariff janakuasa PPA baru dan sedia ada telah berkurang antara 1-2 sen bagi setiap KW/H dan 1MDB merupakan pembida terendah antara semua pembida dan telah memenangi bidaan tersebut. Berdasarkan pada kadar faktor kapasiti 85%,  pengurangan tariff 1 sen bagi setiap KW/H bagi penjanaan tenaga sebanyak 2000MW untuk tempoh 20 tahun, boleh menghasilkan penjimatan kos sehingga RM3 bilion sepanjang hayat PPA, bagi setiap satu loji jana kuasa. Penjimatan ini akan berlipat kali ganda melalui PPA yang lain. Ini seterusnya akan mengurangkan kos keseluruhan tariff PPA untuk TNB, yang merupakan pembeli tunggal bagi kesemua PPA, dan seterusnya menyumbang kepada tariff elektrik.

YB Tony seharusnya berhenti dari mengelirukan rakyat, dan menerima hakikat bahawa sabotaj ekonomi  pembangkang ke atas 1MDB untuk keuntungan politik pembangkang, telah gagal.

Sumber: 1MDB