Tony Pua Gelar Eric See-To 'Nobody', Tapi Pernah Merintih Pinjam Wang RM100,000

Tony Pua Gelar Eric See-To ‘Nobody’, Tapi Pernah Merintih Pinjam Wang RM100,000

Ketika Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mendakwa tidak mengenali Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional, Datuk Eric See-To, sebagai alasan mengelak dari berdebat mengenai projek Terowong Pulau Pinang yang dijangka melibatkan wang rakyat sebanyak RM15 bilion, Tony Pua pernah berhutang sebanyak RM100,000.

Eric See-To melalui satu status di laman Facebook miliknya berkata dia ‘sedih’ apabila Tony Pua seolah-olah kacang lupakan kulit apabila mendakwa tidak mengenalinya biarpun pemimpin DAP itu pernah dibantunya sebelum terjun ke bidang politik.

Takut Untuk Berdebat, Tony Pua Sanggup Hina Rakan

“Melalui mesej teks kepada Malaysiakini, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara berkata dia tidak akan melayan cabaran debat daripada ‘nobody’ seperti Eric See-To,” lapor portal pro DAP, Malaysiakini malam tadi.

“Saya akan hanya berdebat dengan bosnya, (Datuk Seri) Abdul Rahman Dahlan mengenai projek terowong dan isu 1MDB,” kata Pua kepada Malaysiakini.

Bagaimanapun, Eric See-To mendedahkan, Tony Pua dikenalinya lebih 15 tahun yang sebelum ini masing-masing mengendalikan syarikat berkaitan teknologi maklumat.

“Apabila dia (Tony Pua) menyenaraikan syarikatnya disebalik kepesatan industri itu pada 2001, Cyber Village milik Tony Pua mengalami kerugian selama 6 tahun berturut-turut dari 2002 hingga 2007 sebelum Pua membuat keputusan meninggalkan syarikat itu dan terjun ke bidang politik.

“Apabila syarikatnya mengalami masalah aliran tunai pada 2005 dan 2006 sebelum dia menyertai politik, Tony Pua menghubungi saya untuk meminjam wang sebanyak RM100,000 dan dalam beberapa jam sahaja, individu yang digelarnya ‘bukan sesiapa’ ini membantunya, di mana dia turut mengeluarkan satu surat pengesahan,” dedah Eric See-To.

Eric See-To turut memuatnaik sekeping surat dengan kepala surat Cyber Village yang didakwa milik Tony Pua.

“Tetapi dengan alasan Tony Pua yang saya bukan sesiapa untuk berdebat dengannya, saya rasa Rafizi juga bukan sesiapa untuk berdebat dengan saya.

“Apapun, apabila menyentuh mengenai projek Terowong Pulau Pinang DAP yang bakal melibatkan wang rakyat sebanyak RM15 bilion, DAP sentiasa melarikan diri dan itu memberi gambaran mereka ada sesuatu yang mahu disembunyikan,” katanya.

Eric See-To sebelum itu mencabar Tony Pua untuk berdebat dengannya bagi mendapatkan jawapan terhadap projek terowong di Pulau Pinang sebagai syarat menerima permintaan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli yang mahu berdebat mengenai kutipan cukai negara.

“Tepat sebulan lalu, Naib Presiden PKR, YB Rafizi Ramli mencabar saya untuk berdebat mengenai kutipan cukai.

“Memandangkan dia sibuk dengan pertelingkahan terbuka dengan rakan dari partinya sendiri, saya meminta Rafizi untuk mengutarakan cabaran itu sebulan kemudian, iaitu hari ini,” kata Eric See-To melalui satu kenyataan media hari ini.

Eric See-To Sedia Debat Rafizi Jika Tony Pua Berdebat Sekali

Eric See-To turut mengungkap kesibukan Rafizi yang turut terpalit dengan kontroversi terkininya di mana syarikat yang dimilikinya sebanyak 99%, Invoke Solutions Sdn Bhd dikesan membayar sebuah lagi syarikat juga miliknya dengan pegangan 99% saham, KEIP Resources Sdn Bhd menggunakan dana yang diperolehi dari derma orang ramai.

“Selain pembayaran dibuat untuk tenaga kerja berjumlah lebih RM1.3 juta antara Mac hingga September 2017, KEIP Resources Sdn Bhd turut didapati mengenakan bayaran surcaj pengurusan, sekaligus mengaut keuntungan dari derma orang ramai.

“Sebelum Rafizi mencabar saya, Tony Pua DAP telah secara terbuka mempertahankan projek Terowong Pulau Pinang. Sehubungan itu, saya telah mencabar Tony Pua untuk mengadakan debat terbuka terhadap projek kontroversi Terowong Pulau Pinang namun dia tidak memberi sebarang jawapan,” tambah Eric See-To.

Menurut Eric See-To, projek terowong ini melibatkan dana kerajaan negeri yang boleh mencecah lebih RM15 bilion dan terdapat banyak isu yang mencetuskan kecurigaan dan syak wasangka.

“Antara lain, Kerajaan Pulau Pinang diterajui DAP sudah membayar lebih RM220 juta hanya untuk laporan, di mana ia didapati 400% melampaui skala yuran yang diwartakan.

Ia juga telah membenarkan hak terhadap tanah kerajaan negeri bernilai RM3 bilion melalui pra jualan disebalik hakikat pembinaan tertangguh selama beberapa tahun.

Sumber: My Nation News