Tony Pua Tidak Mahu Berdebat Dengan 'Nobody'

Tony Pua Tidak Mahu Berdebat Dengan ‘Nobody’

Saya benar-benar sedih dengan jawapan YB Tony Pua bahawa saya adalah “nobody” dan oleh itu beliau tidak mahu berdebat dengan saya mengenai projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang yang sangat kontroversi.

Malaysiakini: Dalam mesej teks kepada Malaysiakini, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu berkata beliau tidak akan melayan cabaran debat daripada “nobody” seperti Eric See-To.

“Sangat mengarut! Siapakah dia? Dia bukannya seorang Ahli Parlimen atau Timbalan Menteri. Kenapa saya harus berdebat dengan nobody? Saya akan bersetuju untuk berdebat projek terowong dan 1MDB tetapi hanya dengan bosnya Abdul Rahman,” kata Tony Pua.

Walaupun terdapat perbezaan politik, saya ingatkan beliau masih sahabat saya tetapi saya rasa sekarang ia tidak lagi.

Tony Pua Lambang Kebodohan Pemimpin DAP - Dr Kamarul

Saya telah mengenali Tony Pua selama lebih daripada 15 tahun. Kami berdua menjalankan syarikat IT masing-masing dahulu. Kami juga telah berurusan perniagaan antara satu sama lain dan mempunyai projek gabungan dengan pelanggan bersama.

Sejak beliau menyenaraikan syarikatnya di tengah-tengah ribut era dot-com pada tahun 2001, syarikat CyberVillage milik Tony Pua telah merekodkan kerugian 6 tahun berturut-turut dari tahun 2002 hingga 2007 sehinggalah Tony Pua meninggalkan syarikat itu dan menyertai DAP.

Apabila syarikatnya mengalami beberapa isu aliran wang tunai pada tahun 2005 atau 2006 sebelum beliau menyertai politik, beliau menelefon saya untuk meminjam RM100,000 dan dalam beberapa jam saja “nobody” inilah yang memberikan duit itu kepadanya – yang kemudiannya memberikan saya surat IOU ini.

Malah, ketika beliau pertama kali dipilih sebagai Ahli Parlimen pada tahun 2008, saya adalah salah seorang yang pertama sekali mengucapkan tahniah kepada beliau.

Tidak lama selepas itu, “nobody” ini juga telah mengaturkan kawan-kawan untuk mengambil bahagian dalam acara golf kutipan dana amal (saya tidak bermain).

Mungkin saya rasa kerana sekarang beliau adalah seorang Ahli Parlimen yang hebat, beliau boleh mengenepikan saya sebagai seorang “nobody” dan tidak lagi menganggap saya sebagai kawan.

Masa telah berubah, saya rasa anda perlu sekurang-kurangnya menjadi seorang Timbalan Menteri sebelum Tony Pua akan melayan anda.

Memandangkan Tony Pua sudah melepaskan tembakan ini, saya tidak lagi rasa perlu menyimpan IOU ini untuk diri sendiri.

Eric See-To Sedia Debat Rafizi Jika Tony Pua Berdebat Sekali

Bagaimanapun, berdasarkan alasan Tony Pua bahawa saya adalah “nobody“, maka saya rasa YB Rafizi adalah seorang “nobody” yang lebih besar untuk mencabar seorang “nobody” seperti saya untuk berdebat awalnya?

Entah bagaimana, apabila ia menyentuh projek Terowong Dasar Laut Kerajaan DAP Pulau Pinang yang boleh membabitkan wang rakyat sebanyak RM15 bilion, DAP sering mengelak – menampakkan seolah-olah ada sesuatu yang besar untuk disembunyikan.

Saya tertanya-tanya kenapa.

YB Rafizi, mungkin anda perlu cuba lebih keras untuk meyakinkan YB Tony Pua untuk berani dan menyahut cabaran? Sekiranya tidak, maka perdebatan kita akan dibatalkan.

Dan YB Tony Pua, anda benar-benar mengecewakan saya. Saya rasa kemasyhuran dan kuasa telah “UBAH” anda sekarang.

Oleh Eric See-To,
Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional