Tunggu Apa Lagi Syed Saddiq? Laporkanlah Pada SPRM

Tunggu Apa Lagi Syed Saddiq? Laporkanlah Pada SPRM

Ketua Armada Parti Chap Bunga hari ini membuat pendedahan bersifat badut. Di dalam sidang medianya hari ini, beliau membuat pengakuan bahawa beliau telah disogok RM5 juta, saya ulang RM5 juta untuk meninggalkan parti hidup segan mati tak mau, Parti Cap Bunga Raya untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Oxford!

Wow! Siapakah Syed Saddiq untuk memberi kesan kepada pola politik tanah air sehingga Pegawai dari ‘Prime Minister Office (PMO)’ bersusah payah untuk memberi sogokan kepada beliau, bukan sedikit, RM5 juta tu, saya ulang RM5 juta! Agak tidak logik bagi seorang anak muda tidak terliur dengan habuan RM5 juta (kalau betullah cerita kartun ini) untuk bersenang-lenang di luar negara sambil menyambung pelajaran di salah sebuah universiti terkemuka di dunia.

Kami dengan ini menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memanggil Syed Saddiq untuk memberi keterangan dan mengemukakan bukti mengenai habuan rasuah RM5 juta yang diterima olehnya. Kenyataan berikut dari Syed Saddiq penting untuk disiasat oleh SPRM:

Saya ditawarkan RM5 juta untuk tinggalkan Bersatu dan mengambil biasiswa ke Universiti Oxford, sama jugak dengan Cikgu Kamarul, Hamidah, Anina dan EXCO Armada, tapi depa ambil duit rasuah tu.

Kita pasti Syed Saddiq mengetahui bahawa di bawah Seksyen 25 (1) dan (2) Akta SPRM 2009 menyatakan kegagalan melapor pemberian, janji atau tawaran rasuah boleh didakwa dan menyebabkan DENDA tidak lebih RM100,000 atau PENJARA tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

Nampak ‘sweet‘ apabila Syed Saddiq cuba untuk menangis kerana tidak mahu menyambung belajar di Universiti Oxford. Namun apa yang pasti sidang media tadi tidak dirancang oleh Syed Saddiq walaupun yang umumkan hendak buat sidang media semalam adalah Syed Saddiq. Sidang media ini juga telah dirancang oleh Syed Saddiq tanpa pengetahuan dari Syed Saddiq sendiri. Lagi satu, boleh tidak kiranya Syed Saddiq kemukakan Surat Tawaran dari University Oxford dan surat penolakan beliau. Universiti Oxford bukannya universiti cap ayam seperti partinya.

Dahulu, orang berbangga dapat tawaran ke universiti. Siap buat kenduri kendara lagi. Budak-budak sekarang, tolak tawaran masuk universiti, siap buat sidang media di hotel 5 bintang lagi. Yang tidak boleh terima tu, sudah tolak tawaran kenapa sebak? Adakah Syed Saddiq mahu dengan sidang media ini, masyarakat  memuji beliau dengan berkata, “Saddiq mengorbankan biasiswa demi hendak Selamatkan Malaysia”. Drama Queen betul.

Kalau Rafizi Ramli dapat tahu perkara ini, pasti tiga perkataan keluar dari mulut beliau, “Bodoh, Bodoh, Bodoh”.

Sumber: Cucu Tok Selampit