Venezuela Perlukan Rafizi & Dasar Ekonomi Pakatan Harapan

Venezuela Perlukan Rafizi & Dasar Ekonomi Pakatan Harapan

Sebelum 2013 (dan sehingga akhir tahun 2014), Pakatan dan Rafizi menyeru Malaysia untuk mencontohi Venezuela dan mensubsidi harga petrol.

Mereka berkata petrol Venezuela sangat murah, pendidikan universiti murah – semuanya dibayar menggunakan kekayaan minyak rakyat oleh itu mengapa Malaysia tidak boleh ikut?

Rafizi berkata jika harga minyak turun, harga barang-barang akan turun. Venezuela masih memiliki harga petrol termurah di dunia tetapi inflasi mereka meningkat ratusan peratus setiap tahun sementara mata wang mereka runtuh. (Rujukan)

Harga Petrol: Rafizi Sekali Lagi Terbukti Salah Setelah Menakutkan Orang Ramai

Sekiranya kita mengikuti “pakar ekonomi” Pakatan dan dasar “segala-galanya percuma atau super murah” maka Malaysia akan menjadi Venezuela juga.

Sekiranya anda meminta para pemimpin ini untuk pergi ke sana untuk menyelamatkan Venezuela, mereka akan mencadangkan dasar “semuanya percuma dan murah”.

Rakyat Venezuela akan melihat mereka dengan pelik dan berkata “kita sudah mempunyai itu dan ia tidak berfungsi” maka mereka akan campak orang-orang Pakatan ini keluar kerana membuang masa mereka.