10 Bahagian PPBM Lagi Buat Aduan Kepada ROS

10 Bahagian PPBM Lagi Buat Aduan Kepada ROS

Kepincangan yang berlaku dalam Parti Bersatu di negeri ini dilihat semakin kritikal apabila sebanyak 10 lagi bahagian membuat laporan kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) berhubung kegagalan kepimpinan tertingginya mematuhi perlembagaan parti itu.

Antara 10 bahagian terbabit termasuk Sembrong, Kluang, Mersing, Batu Pahat, Senggarang, Kulai dan Kota Tinggi.

Bekas Penyelaras Bersatu Bahagian Kluang, Arjuna Putra Ali berkata, tindakan yang dilakukan ini berikutan Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Kamaruddin Mohd Noor meminta menangguhkan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) parti tersebut untuk enam bulan lagi.

Media Cina: Suram Ulang Tahun PPBM, Suram Lagi Masa Depan Parti Mahathir

“Jelas di sini menunjukkan bahawa Ketua Penerangan Bersatu ini tidak layak menjawat jawatan tersebut serta berkemungkinan beliau adalah antara kroni-kroni Tun Dr Mahathir yang beliau mahu kekalkan di dalam kepimpinan tertinggi parti di atas kapasiti kebodohan serta amalan kurang membaca beliau itu.

“Ada juga kemungkinan di sini Datuk Kamaruddin ini hanya menurut arahan daripada Pengerusi Bersatu untuk membuat kenyataan dangkal sebegitu sekaligus menjadikan beliau kambing hitam oleh Tun Dr Mahathir,” katanya dalam sidang media yang diadakan di sebuah restoran di Bandar Kluang, di sini semalam.

Tiada Mesyuarat Agung, 8 Bahagian PPBM Buat Laporan Kepada ROS

Awal bulan ini, media melaporkan lapan bahagian Bersatu di Johor membuat laporan kepada ROS di Putrajaya berhubung kegagalan kepimpinan tertingginya mematuhi perlembagaan parti, antaranya kegagalan semua peringkat cawangan dan bahagian Bersatu mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM) selepas setahun ditubuhkan.

Lapan bahagian terbabit ialah Bakri, Kluang, Semberong, Ayer Hitam, Simpang Renggam, Ledang, Batu Pahat dan Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Sembrong menyerahkan laporan itu kepada wakil ROS.