Anak Husam Musa Ditahan Miliki 200 Biji Pil Kuda

Anak Husam Musa Ditahan Miliki 200 Biji Pil Kuda

Anak lelaki Naib Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Datuk Husam Musa telah ditahan kerana memiliki 200 biji pil kuda, petang Sabtu (semalam).

Bagaimanapun, Husam mengatakan bahawa beliau hanya mengetahui perkara tersebut daripada rakannya kerana polis belum memaklumkan kepada beliau bahawa anaknya Ahmad Syafi telah ditahan.

Ini Bukan Magik, Ini Sains - Husam Musa

“Saya hanya mendapat tahu anak saya, Ahmad Syafi direman di Mahkamah Kota Bharu atas tuduhan memiliki pil kuda jam 5.22 petang tadi, apabila seseorang menghantar imej laporan Malaysiakini melalui WhatsApp.

“Sehingga kini, tiada pemakluman rasmi oleh polis dibuat kepada saya mengenai penahanan itu.

“Juga tiada pemakluman polis bahawa beliau akan dibawa ke mahkamah untuk tahanan reman pagi tadi. Saya juga tidak diberitahu sehingga kini di mana anak saya ditahan,” katanya dalam catatan di Facebooknya kira-kira sejam yang lalu.

Kata ADUN Salor itu lagi, penahanan anaknya oleh beberapa orang lelaki itu dimaklumkan oleh jirannya.

Tambah Husam lagi, beliau akan mengeluarkan satu lagi kenyataan rasmi setelah maklumat dan butiran penuh didapati daripada pihak polis.

Husam Musa Tak Layak Persoal Hasil Ladang Rakyat - PAS Kelantan

Dalam pada itu. Ketua Polis Daerah Kota Bharu, ACP Ismail Mat Sidik memetik laporan Harian Metro mengesahkan suspek berusia 29 tahun itu ditahan jam 3.30 petang tadi kerana memiliki 200 biji pil kuda.

Katanya, lelaki itu ditahan di depan sebuah rumah di Jalan Pasir Mas-Salor, Kota Bharu, semalam.

Beliau berkata, berlaku pergelutan antara sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu dengan suspek sebelum dia ditahan.

“Suspek dibawa ke Mahkamah Kota Bharu untuk mendapatkan perintah tahanan reman selama 4 hari bermula hari ini sehingga Rabu ini.

“Lelaki itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya kepada akhbar itu.