Bencana Banjir: Kelantan Lulus RM50,000 Bantuan Segera Untuk Pulau Pinang

Bencana Banjir: Kelantan Lulus RM50,000 Bantuan Segera Untuk Pulau Pinang

Kerajaan Negeri Kelantan telah meluluskan sejumlah RM50 ribu sebagai bantuan segera ke Pulau Pinang yang kini dilanda bencana banjir besar.

Dalam satu kenyataan media, Menteri Besar Kelantan, Dato’ Haji Ahmad Yakob berkata, kerajaan juga akan menghantar para sukarelawan untuk membantu mangsa-mangsa banjir yang terjejas teruk akibat hujan lebat tanpa henti yang melanda negeri itu.

banjir Terima Kasih Zahid, Jawab Panggilan 3.30 Pagi - Lim Guan Eng

“Saya menerima berita berkenaan keadaan banjir di Pulau Pinang yang semakin membimbangkan.

“Dan melalui kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, didapati ada pusat-pusat pemindahan banjir yang terputus bekalan elektrik,” katanya.

Justeru itu, di dalam situasi ini beliau menyeru agar semua pihak dapat membantu mangsa-mangsa banjir di sana dengan mengenepikan sebarang sentimen berkait dengan politik.

Kerajaan DAP Pulau Pinang Akui Sistem Perparitan Punca Banjir Kilat

“Marilah sama-sama kita mendoakan agar keadaan banjir semakin baik dan tiada kemalangan jiwa yang berlaku.

“Bersabarlah diatas ujian Allah SWT yang menguji rakyat di sana melalui musibah banjir. Hanya dengan kuasa dan ketentuan Allah jua kita bermohon,” katanya.

Banjir besar yang berlaku di negeri itu telah mengakibatkan kebanyakan kawasan terpaksa ditutup ekoran tanah runtuh, pokok tumbang serta jalan telah ditenggelami air.