DAP Diperlukan Untuk Selamatkan Singapura

DAP Diperlukan Untuk Selamatkan Singapura

Rakyat Singapura wajar memanggil kembali DAP Malaysia untuk bertanding di negara mereka untuk menggantikan pengasas parti DAP (Democratic Action Party) juga iaitu parti pemerintah Singapura ketika ini PAP (People’s Action Party).

DAP Itu Serpihan Tahi PAP - Abdul Hadi Awang

Tindakan ini akan menzahirkan banyak kelebihan kepada masyarakat Singapura. Ini antara 12 kelebihannya :

1) 7% GST akan dimansuhkan dalam masa 100 hari selepas DAP mengambil alih kuasa pentadbiran.

2) Semua tol jalan raya dan ERP akan dimansuhkan dengan serta-merta secara efektif.

3) Disebabkan CAT, MRT Singapura tidak akan lagi menghadapi masalah kerosakan seperti sekarang.

4) Pengangkutan awam tidak lagi tertakluk kepada peningkatan harga tahunan. Semua harga akan ditetapkan untuk jangka masa 100 tahun akan datang.

5) Cukai untuk harga petrol RON95 sekarang ialah RM1.72 seliter akan dimansuhkan. GST (yang dicaskan atas petrol) akan dimansuhkan dan harga petrol di Singapura akan menurun dari 2.23 dolar Singapura kepada 73 cents seliter.

6) ISA akan dimansuhkan dengan serta-merta dan demonstrasi jalanan akan dibenarkan.

7) Seks secara luar tabii akan dibenarkan di Singapura.

Sekarang DAP Beritahu Penyokongnya Mahathir Boleh Dipercayai

8) Harga kereta akan merundum jatuh apabila DAP memansuhkan semua cukai kereta yang akan menyebabkan rakyat Singapura membayar harga kereta yang paling mahal di dunia buat masa ini. Harga Perodua Axia akan menurun daripada RM231,827 kepada RM25,000 sahaja.

9) Harga elektrik akan menurun sebanyak 60%. Harga elektrik akan menurun dari 22 cents (67 sen) per KWH kepada hanya 10 cents, seperti Malaysia.

10) Kesemua bayaran khidmat hospital percuma mulai sekarang. Anda tidak perlu lagi membayar lebih atau mengkais akaun CPF anda untuk membayarnya.

11) Warga asing merangkumi 60% daripada tenaga kerja. DAP akan menghantar mereka pulang kerana DAP juga membenci pekerja asing ini. Warga Singapura yang akan bekerja untuk Singapura dan bukan lagi warga asing.

12) Kadar air yang diluluskan kenaikkannya sebanyak 30% yang diumumkan oleh Singapura tahun ni akan dimansuhkan. Oops, yang ni tidak boleh diterima kerana DAP juga suka menaikkan kadar air banyak kali, sepertimana di Pulau Pinang. Jadi point ini tidak diterima.

*Digantikan* dengan : Sepertimana yang diusulkan oleh DAP baru-baru ini di Pulau Pinang, semua warga Singapura akan mendapat diskaun kad durian untuk memastikan semua orang menikmati raja buah.

Dan banyak lagi kelebihan menanti anda apabila menggantikan parti PAP yang tidak layak ini yang membawa Singapura kepada sebuah negara yang gagal dan telah menindas rakyat Singapura untuk beberapa dekad bersama dengan DAP Malaysia dan CAT.

Biarkan DAP membuktikan bagaimana sebuah kerajaan patut ditadbir sebaik mungkin, tidak seperti ketidakstabilan yang berlaku sekarang.

Oleh Lim Sian See