DAP Sendiri Cadang PPBM Ditubuhkan Untuk Melayu Sahaja, Kata Pengasas Parti

DAP Sendiri Cadang PPBM Ditubuhkan Untuk Melayu Sahaja, Kata Pengasas Parti

Cadangan menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dianggotai oleh masyarakat Melayu dan Bumiputra sahaja dicadangkan dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan dihadiri pemimpin dari parti DAP yang bukan berbangsa Melayu.

Perkara tersebut disahkan sendiri oleh salah seorang pengasas PPBM, Kamarulazman Habibur Rahman yang menubuhkan parti berkenaan bersama tujuh pemimpin lain.

lim kit siang lim guan eng Dinasti Lim Pentingkan Kuasa Berbanding Prinsip - Bekas Wakil Rakyat DAP

Menjawab kenyataan moderator, Helmi Hanafi, pada wacana “Penubuhan Bermotifkan Kepentingan Peribadi – Siri Kedua”, bahawa PPBM dicetuskan oleh ‘3M’ (Mahathir, Mukhriz, Muhyiddin); Kamarulazman berkata, penubuhan PPBM eksklusif untuk orang Melayu sahaja untuk memberi saingan kepada UMNO dalam usaha menarik pengundi Melayu kepada Pakatan Harapan.

Jelas beliau, Pakatan Harapan melihat Dr Mahathir mampu memberi satu momentum kepada pakatan pembangkang sepertimana yang dilakukan bekas Perdana Menteri itu berkempen melawan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

“Dalam mesyuarat itu, satu keputusan dibuat iaitu, sekiranya Pakatan Harapan mahu melihat kejayaan dalam pilihan raya akan datang, sesuatu perlu dilakukan ke atas UMNO. Iaitu satu usaha perlu dilakukan untuk memecahkan kekuatan UMNO sebab orang Melayu kesetiaan kepada UMNO sangat tinggi.

“Jadi keputusan dicapai dalam mesyuarat yang dihadiri oleh pemimpin-pemimpin parti pembangkang dan NGO bukan Melayu, mereka akhirnya mengambil keputusan bahawa sebuah parti politik Melayu perlu ditubuhkan. Inilah satu-satunya cara untuk menarik sokongan Melayu keluar dari UMNO dan menyokong pakatan pembangkang. Ini sesuatu yang unik.

“Inilah satu-satunya parti Melayu yang penubuhannnya dicadangkan oleh pemimpin bukan Melayu juga,” ujarnya.

Justeru PPBM ditubuhkan, eksklusif untuk masyarakat Melayu sahaja.

kamarulazman Pengasas PPBM Keluar Parti, Kecewa Dengan Sifat Buruk & Kronisme

Kamarulazman merupakan salah seorang daripada tujuh pengasas yang menubuhkan PPBM selain Dr Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Datuk Hamidah Osman, Anina Saadudin dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Selain Kamarulzaman, dua lagi pengasas PPBM yang keluar parti adalah Hamidah dan Anina diatas alasan sama – amalan kronisme melampau, selain keceluparan Syed Saddiq memaki pemimpin parti sendiri.

Mengulas lanjut berkaitan penubuhan PPBM, Kamarulazman mengakui bahawa niat asal parti ditubuhkan adalah untuk memecahbelahkan undi masyarakat Melayu.

“Untuk meruntuhkan sokongan orang ramai terhadap Barisan Nasional, dan sokongan Melayu terhadap UMNO, sesuatu perlu dilakukan untuk menentukan sokongan UMNO dipecahkan.

“Cadangan untuk memecahkan dan menimbulkan keraguan kepada UMNO juga datangnya dari pemimpin bukan Melayu,” ujarnya.

Sumber: Malaysian Digest