Dr Xavier Jayakumar: Tanpa PAS, Majoriti Calon Melayu PKR Bakal Tewas PRU14

Dr Xavier Jayakumar: Tanpa PAS, Majoriti Calon Melayu PKR Bakal Tewas PRU14

Naib Presiden PKR Dr Xavier Jayakumar mengakui tanpa sokongan PAS, sebilangan besar calon-calon Melayu PKR bakal tewas pada PRU14.

Atas sebab itu, PKR sehingga ke hari ini dilihat masih bersungguh-sungguh mahu menjalinkan semula hubungan dengan PAS.

“PKR hendaklah mencari jalan untuk bergabung semula dengan PAS. Jika tidak mahu kehilangan benyak kerusi yang ditandingi oleh calon melayu. Inilah satu pilihan raya yang bakal memusnahkan PKR sendiri,” kenyataan Xavier dipetik yang dilapor Mimie Ayuni.

Terima Kasih Rafizi! Ulama PAS Lulus Usul Putus Kerjasama Dengan PKR

Dalam masa sama, Xavier juga turut melahirkan kebimbangan pada PRU14 nanti PKR akan mengulangi kekalahan besar sepertimana yang dialami parti Semangat 46 pada tahun 1990-an dahulu.

“Kalau orang dalaman sendiri yang membuat kajian bagi melingkupkan PKR, mesti ada tanda-tanda PKR akan menjadi kenyataan,” ulas Mimie Ayuni.

Penyokong akar umbi PAS, Wan berkata parti Islam tidak perlu lagi mengulangi episod lampau kerana dengan kerjasama dengan parti Keadilan menyebabkan kerosakan kepada PAS.

“PKR nak PAS untuk bagi undi Melayu pada mereka. Apa nilai tambah PKR pada PAS?

“Setahu aku nilai PAS ni dah total rosak di mata penyokong PKR especially golongan liberal dan pembenci Islam yang menghasut mereka menolak PAS.

“Mungkin yang PAS perlukan bukanlah hubungan dengan PKR tapi hubungan dengan Allah pemilik empunya hati manusia,” katanya.