Fahami Mengapa Nisbah Hutang-KDNK Melonjak Dari 39% Kepada 51% Apabila Najib Jadi PM

Fahami Mengapa Nisbah Hutang-KDNK Melonjak Dari 39% Kepada 51% Apabila Najib Jadi PM

Perdana Menteri Najib Razak dalam entry blog beliau bertajuk “Visi Ekonomi Saya Untuk Malaysia” ada menyebut:

“Walau bagaimanapun, ketika saya menjadi Perdana Menteri pada tahun 2009, cabaran ekonomi yang kita hadapi adalah amat besar. Semasa saya mengambil alih jawatan tertinggi negara pada April tahun itu, kita sedang berada di tengah kemelesetan global yang paling teruk sejak tahun 1930-an. Dasar ekonomi terbuka dan kebergantungan kita kepada perdagangan antarabangsa menyebabkan Malaysia terjejas teruk. Eksport kita menurun 20% sementara ekonomi kita menguncup dengan ketara sebanyak 6.2% pada suku pertama tahun 2009.”

Oleh itu, pertama sekali beliau serta merta melaksanakan dua pakej rangsangan ekonomi besar bernilai RM67 bilion untuk mengepam wang ke dalam ekonomi, untuk memulihkan dan menyelamatkannya dari penguncupan yang lebih parah.

Melalui tindakan proaktif dan pantas ini, beliau telah menyelamatkan rakyat Malaysia dari menanggung akibat menempuh  kemelesetan ekonomi yang lebih teruk, seperti yang pernah berlaku pada tahun 1997. Ketika itu, Bursa Saham Kuala Lumpur jatuh lebih daripada 50%, beribu-ribu kehilangan pekerjaan, banyak syarikat perniagaan muflis dan benar-benar memberi kesan yang nyata dan menyeluruh.

Oleh kerana kita bertindak pantas, menyebabkan rakyat Malaysia telah terselamat daripada menerima kesannya. Ia tidak seperti tahun 1997.

Pakej rangsangan ekonomi menyebabkan kenaikan 10% di dalam nisbah Hutang kepada KDNK ke paras 50%. Tetapi langkah-langkah itu telah berjaya dan ekonomi Malaysia pulih dengan pantas. Menjelang akhir tahun, ekonomi kita terus berkembang. Ini adalah pemulihan yang sangat luar biasa.

Nisbah itu kekal stabil di bawah 55%, yang mana lebih rendah di bawah paras berbanding negara-negara yang paling maju – contohnya tahun lalu United Kingdom menampung hampir 90% Hutang kepada KDNK.

Walau bagaimanapun, pihak pembangkang cuba menggunakan peningkatan hutang ini untuk mengelirukan rakyat Malaysia dengan mendakwa kita akan muflis.

Ini tak masuk akal. Pada tahun 1986, nisbah Hutang kepada KDNK Malaysia mencecah 103%, dan kita tidak muflis ketika itu!

Nak Hentam Kerajaan Tapi Beza Hutang Kerajaan Dengan Hutang Luar Pun Tak Tahu?

Ini menunjukkan bahawa apabila mereka bercakap tentang ekonomi, pembangkang hanya menyebar propaganda dan pembohongan secara terang-terangan untuk kepentingan politik mereka dan mementingkan diri sendiri. Ini namanya – sabotaj ekonomi.

Malahan pada tahun 2009, DAP juga mengatakan bahawa rangsangan ekonomi RM67 bilion tidak cukup besar dan mahu jumlah yang lebih besar!

Dan ini ada kebenarannya bahawa Malaysia tidak menghadapi situasi yang buruk seperti 1997-1998 disebabkan oleh pakej rangsangan besar yang disuntik oleh Perdana Menteri Najib Razak ke dalam ekonomi kita yang akhirnya menyyebabkan kenaikan hutang kerajaan.

Pada dasarnya, rakyat Malaysia menyalahkan Najib kerana menyelamatkan ekonomi Malaysia pada tahun 2009.

Pakatan tahu mengenai perkara ini tetapi mereka berharap orang ramai tidak cukup berpengetahuan mengenainya.