Jabatan Meteorologi Beri Amaran Ribut Seawal 1 November

Jabatan Meteorologi Beri Amaran Ribut Seawal 1 November

Jabatan Meteorologi menafikan dakwaan ia lewat mengeluarkan amaran kepada orang ramai mengenai ribut petir yang melanda Pulau Pinang dan kedah, kelmarin.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi, Alui Bahari berkata, dakwaan Persekutuan Pengilang Malaysia (FMM) cawangan Pulau Pinang itu tidak benar sama sekali kerana mereka mengeluarkan amaran “seawal 1 November” dan menyerahkan amaran itu kepada pihak berkuasa negeri berkaitan.

“Untuk makluman anda, satu notis amaran kuning dikeluarkan pada 1 November dan seterusnya amaran jingga dan merah. Amaran itu diberikan kepada semua agensi terbabit dalam pengurusan bencana melalui faks dan e-mel. Kami turut menghantar mesej SMS kepada pegawai berkaitan yang bertanggungjawab dalam pengurusan bencana. Kami juga menghantar satu mesej kepada setiausaha negeri Pulau Pinang dan pengarah Jabatan Meteorologi negeri. Selain itu, kami memuat naik amaran itu di laman web, Facebook dan Twitter kami juga. Malah, saluran televisyen diberitahu untuk memberi amaran kepada penonton mengenai cuaca buruk itu,” katanya ketika dihubungi FMT.

Taburan Hujan Ekstrem Punca Banjir Terburuk Di Pulau Pinang - Menteri

Semalam, Pengerusi FMM cawangan Pulau Pinang, Datuk Ooi Eng Hock mempersoalkan Jabatan Meteorologi adakah kemudahan ramalan cuacanya ketinggalan zaman menyebabkan mereka didakwa lewat mengeluarkan amaran hujan lebat di negeri itu pada Sabtu.

Beliau berkata, apa gunanya Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran hujan lebat pada 9.30 malam Sabtu menerusi laman webnya, sedangkan hujan turun sejak pagi kelmarin.

Notis “amaran merah” dikeluarkan Jabatan Meteorologi sebagai nasihat hujan lebat di kawasan terbabit yang mungkin melebihi 240mm untuk 24 jam. Notis itu akan dikurangkan kepada jingga dan kuning jika taburan hujan berkurangan atau ketika cuaca bertambah baik.

Setakat 10 malam tadi, Jabatan Meteorologi mengeluarkan “amaran kuning” untuk hujan berterusan dan angin kencang yang dijangka berlaku di Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Kelantan sehingga lewat malam ini.

Jangan Bimbang, Kami Akan Bantu Pulau Pinang Atasi Bencana Banjir - Najib

Daerah Kerian; Larut, Matang dan Selama; Hulu Perak, serta Kuala Kangsar di Perak serta daerah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang, dan Hulu Terengganu di Terengganu juga akan mengalami keadaan sama.

Daerah Kinta, Kampar, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk, Hilir Perak, Muallim dan Batang Padang di Perak dengan Cameron Highlands, Lipis dan Raub di Pahang pula dijangka mengalami ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang sehingga awal malam ini.

Hujan lebat dan angin kencang di Pulau Pinang pada Sabtu yang terburuk dalam sejarah negeri itu, menyebabkan 2,929 mangsa teropaksa dipindahkan setakat 7 malam Ahad dan 6 lagi maut.

Pihak berkuasa dilaporkan berkata, banjir kilat semalam berpunca daripada taburan hujan selama 15 jam sejak Sabtu yang bersamaan hujan sebulan setengah.

Sumber: FMT