Kerajaan Tidak Tarik Kemudahan Tun Mahathir

Kerajaan Tidak Tarik Kemudahan Tun Mahathir

Kerajaan menegaskan tidak pernah menarik sebarang kemudahan yang disediakan kepada mana-mana bekas Perdana Menteri termasuk Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Jabatan Perdana Menteri dalam satu kenyataan memaklumkan, semua perjawatan yang bertugas di bawah Dr. Mahathir iaitu di Yayasan Kepimpinan Perdana dan kediaman beliau di The Mines Resort City adalah ditanggung sepenuhnya kerajaan selaras Akta Ahli Parlimen (Saraan) dan 1980 (Akta 237).

Mahathir Melayan Rakan-Rakannya Dengan Baik

“Keseluruhan perjawatan yang diperuntukkan kepada Yang Amat Berbahagia Tun adalah sebanyak 21 perjawatan. Semua perjawatan ini meliputi pembayaran gaji, elaun tuntutan dan lain-lain kemudahan yang layak dinikmati sebagai penjawat awam,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, kerajaan turut menanggung bayaran utiliti lain di Yayasan Kepimpinan Perdana dan kediaman Dr. Mahathir sehingga kini.

Kenyataan menambah, malah kerajaan juga menanggung kos bagi elaun makan dan lain-lain kos kepada juruiring, pengawal peribadi, pegawai perubatan dan penolong pegawai khas bagi lawatan-lawatan dihadiri beliau ke luar negara.