Ketua Polis Negara Nafi Tarik Pengawal Peribadi UTK Mahathir

Ketua Polis Negara Nafi Tarik Pengawal Peribadi UTK Mahathir

Ketua polis negara berkata, kerajaan tidak menarik balik khidmat pengawal peribadi Unit Tindakan Khas (UTK) Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dipetik Mingguan Malaysia berkata, bekas Perdana Menteri itu masih menikmati hak keistimewaan berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, beberapa pengiring peribadi yang terdiri daripada anggota biasa diarah kembali kepada pasukan keselamatan itu.

Usaha Mahathir Ganggu Siasatan RCI Forex Di Hari Pertama

“Itu tidak benar sama sekali. Pengiring peribadi daripada pegawai UTK masih berkhidmat dengan Dr Mahathir. Hanya anggota biasa sahaja kita panggil kembali untuk tugasan lain, itu hanyalah prosedur biasa,” katanya dipetik akhbar itu.

Rabu lalu, kerajaan mengumumkan penarikan balik khidmat pengawal peribadi UTK Dr Mahathir.

Putrajaya turut menamatkan kontrak tukang masak dan pembantu rumah di pejabatnya.

Tahun lalu, khidmat polis trafik mengiringi perjalanan Dr Mahathir ditamatkan, dengan alasan beliau menyertai perhimpunan yang bercanggah dengan peruntukan undang-undang.

Dr Mahathir, yang mentadbir negara dari 1981 hingga 2003, merupakan Perdana Menteri Malaysia paling lama berkhidmat. Beliau keluar UMNO tahun lalu dan kini mempengerusikan pakatan pembangkang melalui Pakatan Harapan.

Sumber: FMT