Khalid Ibrahim Sertai 3 Bekas Menteri Besar 'Gempur' Azmin

Khalid Ibrahim Sertai 3 Bekas Menteri Besar ‘Gempur’ Azmin

Kalau seorang sahaja datang ‘gempur’ mungkin lebih mudah bagi Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali untuk buka ‘silat kuntau’ bagi tepis dan tangkis serangan.

Bagaimanapun menurut portal tempatan AgendaDaily, kali ini sudah lain cerita malahan silap hari bulan boleh bikin Timbalan Presiden PKR itu tidak senang duduk atau mengigau dalam tidur sepanjang masa.

Apa tidaknya, buat julung kali dalam sejarah empat bekas Menteri Besar Selangor secara serentak sudah set dan mula ‘turun padang’ dalam misi mereka untuk Barisan Nasional (BN) merampas semula Selangor.

Tan Sri Khalid Ibrahim yang disingkir PKR secara zalim menerusi ‘Langkah Kajang’ pada 2014 mengesahkan akan menyertai Tan Sri Muhammad Muhd Taib, Dr. Mohamad Khir Toyo dan Tan Sri Abu Hassan Omar.

Pakatan & PKR Dialu-Alukan Terus Memfitnah Khalid Ibrahim

Setiap mereka bahkan ada pengaruh tersendiri dan kekuatan unik masing-masing sekalipun sudah dua penggal Selangor ditadbir oleh parti pakatan pembangkang sejak 2008 lagi.

Sebelum ini Khalid yang juga Ahli Parlimen (Bebas) Bandar Tun Razak di Kuala Lumpur enggan mengesah atau menafikan beliau akan menyertai siri misi BN yang diterajui UMNO tersebut.

Namun kebelakangan ini beliau kerap dilihat bersama pemimpin UMNO termasuk bersama Datuk Seri Najib Tun Razak dan jemaah Kabinet ketika pelancaran Expo Negaraku 2017 di Dataran Merdeka kelmarin.

Muhammad yang merupakan bekas Menteri Besar Selangor paling senior berkata mereka telah sepakat berganding bahu turun padang bantu BN di negeri itu merampas semula pemerintahan dari Pakatan Harapan.

Beliau bersama Abu Hassan, Dr. Mohamad Khir dan Khalid sudah bertemu dengan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar bagi menyatakan pendirian masing-masing baru-baru ini.

“Kita bersedia untuk menjelajah ke pelusok negeri membantu calon-calon BN pada Pilihan Raya Umum nanti bagi menjelaskan kepada rakyat tentang apa yang gagal dilakukan kerajaan Selangor sekarang,” katanya.

Keputusan Mahkamah Buktikan Azmin Bermotif Politik & Berniat Jahat - Khalid Ibrahim

Muhammad atau juga mesra disebut Mat Taib berkata demikian kepada wartawan selepas berceramah Siri Jelajah Penerangan Isu Selangor anjuran BN di perkarangan pejabat ADUN Kuang lewat kelmarin.

Menurutnya lagi, antara peranan Khalid adalah untuk berunding dengan pihak tertentu di negeri itu yang boleh mempengaruhi rakyat kerana sepanjang menjadi Menteri Besar, ada yang masih setia pada beliau.

Muhammad turut menyeru agar orang Melayu di Selangor kembali memberi sokongan padu kepada BN demi kelangsungan agenda perjuangan bangsa Melayu dan mempertahankan maruah syiar Islam.

“Hanya UMNO dan BN sahaja dapat mengembalikan kegemilangan kemajuan negeri ini dan seterusnya bela nasib orang Melayu yang dalam kedaifan,” ujarnya sambil mendakwa Azmin kini gagal bantu orang Melayu.

“Kita perlu kembali ke laluan lama kerana hanya melalui BN yang terbukti mampu menjaga semua orang dengan baik. Orang Cina gembira, orang India gembira dan orang Melayu paling gembira,” katanya.

Azmin Paling Untung Terima Bonus Raya RM73,125

Beliau berkata Azmin dan pemimpin pembangkang lain tidak buat apa-apa luar biasa untuk rakyat Selangor kerana kebanyakan yang ada di negeri itu sekarang datangnya daripada kepimpinan BN sebelum 2008.

“Kebetulan 2008 adalah tahun di mana ramai yang tidak berpuas hati dengan individu tertentu. Jadi, mereka cuba memberi pengajaran kepada orang itu dan mengundi pembangkang. Akhirnya, kita kehilangan Selangor.

“Ia tidak boleh berlaku lagi. Selangor perlu dikembalikan kepada BN,” kata Muhammad. Beliau menambah, setiap rakyat Selangor perlu memainkan peranan mereka kerana setiap undi begitu bermakna.

Turut hadir pada program itu Ketua Bahagian UMNO Selayang yang juga ADUN Kuang, Datuk Abdul Shukor Idrus serta pemimpin sayap parti dan pemimpin parti komponen BN Selayang.

Sumber: Mynewshub