Melayu Pukimak: Rakaman Asal Bukti Nga Kor Ming Berbohong

Melayu Pukimak: Rakaman Asal Bukti Nga Kor Ming Berbohong

Walaupun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Kepayang, Nga Kor Ming menafikan beliau mengeluarkan kenyataan kesat ‘Melayu Pukimak’, namun rakaman asal ceramahnya di Kampung Simee, Ipoh Khamis lalu membuktikan sebaliknya.

Dalam rakaman asal yang disiarkan My Nation News membuktikan Kor Ming mengeluarkan perkataan kesat ‘Melayu Pukimak’ yang diucapkan dalam bahasa Cina.

Sementara itu, Pemuda UMNO Perak membuat laporan polis kali kedua terhadap Kor Ming berhubung klip video Pengerusi DAP Perak itu yang didakwa mengeluarkan kata-kata kesat berbaur perkauman terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Pergerakan itu turut menyerahkan bukti klip video yang didakwa diucapkan Nga Kor Ming berhubung anugerah diterima Zambry daripada The Brandlaurette, baru-baru ini.

Ketua Pemuda UMNO negeri, Khairul Shahril Mohamed, berkata laporan polis kedua itu sebagai membalas tindakan Nga Kor Ming membuat laporan polis bagi mempertahankan dirinya.

Beliau berkata, Nga Kor Ming mendakwa laporan kali pertama dibuat pihaknya beberapa hari lalu adalah palsu kerana mendakwa video berkenaan sudah disunting.

“Kami menegaskan bahawa video berkenaan berdasarkan laporan yang diperoleh daripada media sosial Taiping kiniTV.

“Hari ini kami menyerahkan bukti video berdurasi 30 minit dan 36 saat itu, yang mana pada durasi 26 minit 50 saat, Nga mengeluarkan perkataan kesat dalam ceramah beliau di Kampung Simee Khamis lalu,” katanya selepas membuat laporan terbaru di Balai Polis Sungai Senam.

Sumber: AIDC