Nama Saya Dibuang Dari Senarai Calon ADUN Penanti PRU14 - Dr Norlela Ariffin

Nama Saya Dibuang Dari Senarai Calon ADUN Penanti PRU14 – Dr Norlela Ariffin

Anggota Dewan Undangan Negeri PKR Penanti, Dr Norlela Ariffin mengesahkan namanya sudah dibuang daripada senarai calon yang bakal bertanding di DUN berkenaan pada PRU 14.

“Tidak, nama saya tidak ada dalam senarai,” kata Norlela kepada Malaysiakini, sekaligus mengesahkan sesiapa sahaja yang tidak sehaluan dengan Ketua Menteri Lim Guan Eng bakal tergugat kedudukan politiknya.

norlela ADUN PKR Kena Tipu Oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang Dengan Alasan 'Isu Teknikal'

Pada PRU 2013, Norlela dicalonkan di DUN Penanti bagi menggantikan tempat Dr Mansor Othman, Pengerusi PKR Pulau Pinang.

Mansor sebelum ini merupakan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, namun apabila rakaman beliau melabel Lim Guan Eng sebagai ‘tokong’ tular di media sosial, beliau telah dipindahkan bertanding di kerusi Parlimen Nibong Tebal.

Berbeza dengan Mansor, Norlela berkata beliau mungkin dipindahkan ke kerusi lain di luar Pulau Pinang.

Menurut Malaysiakini, Norlela berkemungkinan besar akan bertanding di Kajang, Selangor, yang kini dipegang oleh Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Dr Norlela Akui Serik Jadi Wakil Rakyat PKR Di DUN Penanti

“Ada desakan supaya saya bertanding di kerusi lain, nama saya tidak ada di senarai di Pulau Pinang, saya telah diberitahu sejak sidang Dewan Undangan Negeri pada bulan Mei lalu,” kata Norlela.

Beliau baru-baru ini dibidas oleh penyokong kerajaan Pulau Pinang kerana mengucapkan “terima kasih, SPRM” selepas suruhanjaya itu menyerbu sebuah kilang haram di Sungai Lembu, Bukit Mertajam.

Berikutan serbuan itu, EXCO alam sekitar Pulau Pinang, Phee Boon Poh ditahan oleh SPRM tetapi ADUN Sungai Puyu menafikan sebarang kesalahan dalam perkara itu.

Ketika itu, Norlela mendakwa beliau mempunyai petisyen yang ditandatangani oleh 170 penduduk yang mahu kilang berusia 15 tahun itu ditutup.