Pakatan Harapan Tolak Bajet 2018, Tapi Minta RM2 Bilion Bantuan Banjir Di Pulau Pinang

Pakatan Harapan Tolak Bajet 2018, Tapi Minta RM2 Bilion Bantuan Banjir Di Pulau Pinang

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim menempelak blok pembangkang, Pakatan Harapan (PH) kerana bersikap ‘double standard’ kerana menolak Bajet 2018 tetapi dalam masa sama memohon bantuan sebanyak RM2 bilion dari dana luar jangka untuk bantuan banjir di Pulau Pinang.

“Saya berterima kasih kerana Yang Berhormat memohon peruntukan tambahan luar jangka, tapi kenapa Yang Berhormat tidak sokong bajet semalam. Bukan sahaja menentang tetapi minta belah bahagi undi..,” kata Shahidan Ketika menjawab permintaan itu daripada Ahli Parlimen PKR Bayan Baru, Sim Tze Tzin.

Tidak berpuas hati dengan sindiran itu, Sim Tze Tzin bangkit sambil berkata “Jawab sahajalah Menteri..boleh beri ke RM2 bilion (kepada Pulau Pinang).”


Baca juga: Ahli Parlimen PKR Bayan Baru Malu Besar Bila Tersilap Promosi Projek Kerajaan Persekutuan
Baca juga: Setelah Pembohongan Terbongkar, Ahli Parlimen PKR Bayan Baru Padam Posting Facebook

Menjawab pertanyaan Ahli Parlimen PKR itu Shahidan berkata keputusan meluluskan permohonan bantuan RM2 bilion itu di luar bidang kuasanya.

“Benda ini dibincang di peringkat lain, bukan di peringkat saya. Tetapi yang saya nak sebut sekali lagi, saya kesal sesungguhnya sebab Ahli-Ahli Yang Berhormat daripada Pembangkang (PH) menentang belanjawan semalam, termasuk untuk membantu mangsa banjir. Jadi mangsa banjir kali ini tidak mendapat sokongan daripada pembangkang (PH)” katanya.

Shahidan juga turut menolak kenyataan tidak tepat Sim Tze Tzin yang mendakwa Kelantan dan Terengganu mendapat bantuan luar jangka sebanyak RM2 bilion semasa tragedi banjir 2014.

“Kenyataan bahawa Kelantan dan Terengganu mendapat RM2 bilion adalah tidak benar. Sebaliknya kerajaan menerusi Agensi Pengurusan Bencara Negara (Nadma) hanya terbabit dalam urusan membangunkan semula penempatan yang rosak teruk akibat banjir di negeri timur itu,” jelas beliau.

Tambahnya, Nadma hanya terbabit dalam membaiki rumah semasa banjir yang membabitkan 650,000 mangsa, iaitu yang terbesar dalam sejarah negara.

Sumber: AIDC