nga kor ming Pemimpin DAP Rasis Melampau Apabila Sebut 'Melayu Pukimak' - Khalid Ismath

Pemimpin DAP Rasis Melampau Apabila Sebut ‘Melayu Pukimak’ – Khalid Ismath

Pemimpin DAP mengamalkan politik rasis melampau apabila memaki satu kelompok kaum dan bukannya seorang individu yang dicercanya, kata Ketua Pemuda Parti Sosialis Malaysia (PSM) Khalid Mohd Ismath.

Beliau merujuk kepada ucapan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming yang menggunakan kenyataan kesat ‘Melayu Pukimak’ dalam ceramahnya.

Melayu Pukimak: Rakaman Asal Bukti Nga Kor Ming Berbohong

Khalid Mohd Ismath berkata jika Nga Kor Ming hanya mahu memaki Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir sepatutnya batang tubuh Zambry yang patut dijadikan sasaran dan bukannya kelompok Melayu.

“Nga Kor Ming sebut “Melayu Pukimak” dalam ceramah dia depan kaum Cina.

“Pelik, kenapa perlu sebut nama kaum dan bangsa? Sebut nama orang yang dia marah sahaja cukuplah.

“Ini seolah-olah mahu bermain perkauman sedangkan kita semua setuju untuk menolak rasisme lama dahulu lagi.

“DAP, tolonglah jangan simpan Nga ini lagi,” kata Khalid dalam Facebook.