mahathir muhyiddin mukhriz PPBM Sendiri Langgar Perlembagaan Mereka - ROS

PPBM Sendiri Langgar Perlembagaan Mereka – ROS

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berdepan pembatalan pendaftaran kerana telah melanggar perlembagaan partinya sendiri.

Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) Surayati Ibrahim berkata perkara tersebut disahkan melalui kandungan dalam Perlembagaan PPBM yang telah diluluskan sebelum ini.

“Jika dilihat pada Perlembagaan PPBM, istilah Armada tidak wujud, yang ada cuma Pemuda. Selain itu, ada peruntukan untuk mengadakan perhimpunan agung dalam setahun penubuhan yang masih belum ditepati,” kata Surayati.

mahathir 'Armada' Tidak Terkandung Dalam Perlembagaan PPBM - ROS

Walaupun pihaknya ada menerima permohonan untuk menangguhkan perhimpunan agung parti itu tetapi apabila diteliti perlembagaan, Surayati berkata pihaknya mendapati tiada apa-apa fasal atau peruntukkan yang membolehkan mereka menangguhkan mesyuarat agung tahunan berkenaan.

“Dalam hal ini, PPBM sendiri yang melanggar Perlembagaan Parti, iaitu membenarkan sayap pemuda yang dinamakan ‘Armada’ beroperasi sedangkan belum mendapat kelulusan pindaan perlembagaan selain belum mengadakan perhimpunan agung tahunan,” katanya di Pejabat RoS di Putrajaya.

DAP Sendiri Cadang PPBM Ditubuhkan Untuk Melayu Sahaja, Kata Pengasas Parti

Surayati juga memberi amaran keras kepada mana-mana pihak yang cuba memanipulasi isu ini dengan melemparkan tohmahan kepada RoS.

“Sekiranya tuduhan terus berlaku, saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak yang terlibat,” katanya.

Berkenaan status PPBM, Surayati memaklumkan sebarang perkembangan lanjut berkaitan siasatan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.