Selamatkan Mukhriz Adalah Keutamaan Mahathir, Bukan PPBM

Selamatkan Mukhriz Adalah Keutamaan Mahathir, Bukan PPBM

Ahli ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia mungkin tidak dapat berfikir berkenaan parti mereka sendiri kerana disibukkan dengan hal Najib dan UMNO serta 1MDB.

Selagi ada isu seperti 1MDB atau RM2.6 bilion, maka Mahathir akan terselamat.

Jika Mahathir berkompang sekeliling kampung hendak selamatkan Malaysia, dia sebenarnya menyuruh rakyat selamatkan dirinya sendiri.

Bukan 'Bina Semula Malaysia', Sebetulnya 'Binasa Semula Malaysia Bersama Mahathir'

Cara untuk selamatkan dirinya adalah dengan menyuruh rakyat menyokong pendiriannya berlawan dengan Najib Razak.

Ahli PPBM boleh dikira naif dan jahil berkenaan hasrat peribadi Mahathir, ini atas sebab mereka terlalu taksub lalu tidak dapat berfikir.

Kelmarin, Mahathir menyatakan PPBM belum boleh mengadakan AGM kerana susun partinya belum teratur dan belum dirangka. Malah di peringkat bawah seperti cawangan dan bahagian pun belum distruktur dengan baik.

Itu mungkin alasan Mahathir sahaja. Dan berkemungkinan betul apa yang dinyatakan oleh Mahathir. Tetapi dari awal kami di TV14 sudah membaca rencana Mahathir.

PPBM sebenarnya tidak wujud dalam kamus Mahathir. Ia parti yang diwujudkan oleh pentaksub serta individu seperti Tan Sri Muhyiddin.

DAP Mahu Jawatan TPM, Bukan PM - Mahathir

Tun Mahathir tidak berminat dengan PPBM tetapi terpaksa melayannya kerana takut akan terdedah atas niat utamanya iaitu kepentingan diri dan anaknya sahaja.

Prioriti Mahathir bukan selamatkan Malaysia, tidak juga PPBM, keutamaan Mahathir adalah selamatkan anaknya Mukhriz.

Kini apabila Tun Mahathir memberi alasan bahawa PPBM tidak boleh adakan AGMnya kerana parti belum bersedia, maka tanggapan kami mula terlihat akan kebenarannya.

Malah dikatakan PPBM bermasalah dalam hal pendaftaran dan hal jenama Armada.

Apakah selama ini Tun Mahathir tidak tahu akan hal ini?

mahathir 'Armada' Tidak Terkandung Dalam Perlembagaan PPBM - ROS

Ramalan kami serta tulisan awal kami Mahathir tidak akan menangis pun jika PPBM terpaksa diharamkan dan dibubar.

Jika dia menitis air mata buaya seperti ketika umum mahu meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO di atas pentas, anggap sahajalah ia hanya lakonan untuk mengabui ahli PPBM.

Sekian lama menjadi Presiden UMNO pun Mahathir sudah melakarkan Wawasan 2020 di hari menyambut tahun 2020 di mana anaknya Mukhriz sudah menjadi Perdana Menteri dan Mahathir menjadi tetamu khas dan umum “Perjuangan saya sudah selesai hari ini’.

Kini perencanaan Mahathir hampir menjadi, sesuatu akan dilakukan untuk menghalalkan anaknya bertanding di kerusi selamat DAP, di mana itulah rencana asal dan Plan A Mahathir.

Sesuatu juga akan dilakukan terhadap PPBM supaya tidak terlihat bahawa Mukhriz melarikan diri dari PPBM untuk menjadi calon kerusi DAP.

Ketika dalam UMNO pun Mahathir sudah merencanakan kenaikan zuriatnya, apakah kini dia sudah “abandon” niatnya?

Selagi Mukhriz Tidak Jadi Perdana Menteri

Keutamaan kepada Mahathir adalah Mukhriz mesti diAhliParlimenkan.

Apabila sudah menjadi ahli parlimen, maka dengan kekuatan wang, dana serta back up dari kroni billionairenya, maka negotiasi untuk melantik Mukhirz jadi Perdana Menteri akan dilakukan.

Umum harus tahu pada PRU13 seorang billionaire kroni Tun Mahathir telah juga membiayai parti DAP atas izin Mahathir.

Itu cara Mahathir memegang kuasa dan pengaruh.

Berbalik kepada topik di atas, Tv14 mahu lihat sejauh mana ahli PPBM akan di “main”kan.

Kerja Tan Sri Muhyiddin kini diambil alih oleh Tun Mahathir.

Sepatutnya hal ROS hal AGM dijawab oleh Muhyiddin dan bukannya Mahathir.

Tapi, seperti TV14 tulis dari awal, Tun Mahathir takut Muhyiddin bercakap luar dari skrip yang boleh membatalkan rencananya.

Maka Tun M merampas tugas Muhyiddin berkenaan parti untuk umumkan berkenaan struktur serta AGM yang gagal serta digagalkan untuk diadakan.

Keutamaan Tun Mahathir hanya 3 perkara, ia bukan PPBM tetapi Mukhriz, Mukhriz dan Mukhriz.

Bukan hendak selamatkan Malaysia, tetapi Mukhriz untuk Perdana Menteri “remote control”nya.

Sumber: TV14