Shafie Apdal, Jika Ada Banyak Sangat Bukti, Berilah Pada SPRM, Dalam Parlimen Dapat Apa?

Shafie Apdal, Jika Ada Banyak Sangat Bukti, Berilah Pada SPRM, Dalam Parlimen Dapat Apa?

Bekas Menteri Shafie Apdal ini seakan melepas geram dalam parlimen semalam. Kelihatan tak tertahan-tahan dendam kesumatnya terhadap Ketua Menteri dan pemimpin UMNO Sabah sehingga habis semuanya disebut semalam, seakan sudah ada bukti semua orang itu bersalah. Sudah jadi macam Mahkamah pula nampaknya bangunan Parlimen itu.

Respon Ketua Menteri Sabah, Datuk Sri Musa Aman begitu bersahaja, “Janganlah gelabah”, lebih kurang itulah maksudnya.

Mendengar Shafie Apdal membebel, di telinga sesetengah orang memanglah sedap, terlupa kita yang kena siasat dan ditahan SPRM berhari-hari atas dakwaan menyelewengkan dana RM1.5 bilion untuk rakyat miskin Sabah ialah BELIAU, bukan mana-mana pemimpin Sabah yang berturut-turut disebutkan namanya semalam.

Isu Shafie Apdal Bukti PKR Hipokrit Dalam Berpolitik - CheguBard

Jika banyak sangat bukti, jika tahu semua cerita, semua benda dalam tangan dan sebagainya, bawa bukti itu ke SPRM untuk dipanjangkan. Bukan main persepsi elak saman dengan membangkitkan perkara itu di Parlimen (ada imuniti).  Beri projek kepada syarikat pemimpin UMNO ada kepentingan, bukan semestinya ada kesalahan yang sudah dilakukan. Jika sudah diserahkan bukti, biarkan agensi yang berkenaan menyiasat, nak memekak apa dapat?

Setakat air liur saja yang bersembur, apa bukti, dokumen untuk menyokong semua yang dicakapkan itu, mana dia?  Tak hairan, momentum ‘pendedahan’ Shafie Apdal itu lenyap hari ini, tak berterusan sebab tak dipanjangkan di luar dewan dengan bukti dan sebagainya.  Siapa bodoh saja nak ambil berat “pendedahan” low class macam ini.

Ulanglah semula dakwaan itu di luar parlimen, kalau tak kena saman sampai hanya tinggal seluar dalam, cubalah.

Sumber: MYKMU