banjir Terima Kasih Zahid, Jawab Panggilan 3.30 Pagi - Lim Guan Eng

Terima Kasih Zahid, Jawab Panggilan 3.30 Pagi – Lim Guan Eng

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, berterima kasih kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kerana menjawab panggilannya jam 3.30 pagi tadi bagi meminta bantuan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) susulan banjir yang semakin buruk.

“Saya berjaya menghubungi Timbalan Perdana Menteri bagi mendapatkan bantuan. Terima kasih kerana jawab panggilan saya hampir jam 3.30 pagi.

“Keadaan semakin genting. Air masih naik, angin masih kuat, air naik antara tiga hingga 3.6 meter melepasi bumbung di Pulau Pinang.

“Pusat pemindahan tiada bekalan elektrik. Pulau Pinang terpaksa minta bantuan ATM,” katanya dalam kenyataan, pagi tadi.

lim guan eng Banjir Makin Parah, Kerajaan DAP Pulau Pinang Rayu Bantuan Tentera

Beliau berkata, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, berjanji akan menghantar anggota ATM bagi membantu menyelamatkan mangsa banjir di Pulau Pinang.

Lim Guan Eng turut meminta semua pihak bersabar dengan keadaan semasa dan pihaknya akan memastikan bantuan sewajarnya disalurkan.

Beliau turut mengingatkan semua pihak supaya mengutamakan keselamatan.

Hujan lebat sejak pagi semalam menyebabkan hampir semua kawasan di Pulau Pinang dilanda banjir, namun keadaan dilaporkan masih terkawal.