Tidak Percayakan PKR & Anwar Punca Yeop Adlan Masuk DAP

Tidak Percayakan PKR & Anwar Punca Yeop Adlan Masuk DAP

Tidak mempercayai PKR dan penasihat parti itu, Anwar Ibrahim merupakan punca Datuk Yeop Adlan Che Rose menyertai DAP.

“PKR berada dalam keadaan kucar-kacir. Anwar ditahan dalam penjara, susah untuk bergerak ke hadapan, dan mereka masih menghadapi masalah, malah sekarang pun beliau (Anwar) masih dalam penjara, bagaimana kamu bergerak?” kata Yeop Adlan kepada sidang media yang meraikan penyertaannya di ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur, semalam.

Cubaan Terdesak, Terbodoh & Terbaru Anwar Ibrahim Untuk Keluar Penjara

Turut hadir dalam sidang media itu, Dr Aziz Bari yang juga bekas aktivis PKR yang menyertai DAP pada 2015.

Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN), Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata adalah tidak tepat jika Yeop Adlan dikaitkan dengan PAS kerana bekas diplomat itu sebenarnya lebih rapat dengan PKR.

“Setelah meneliti beberapa kenyataan yang dibuat oleh Datuk Yeop Adlan Che Rose bagi menjustifikasikan kemasukan beliau ke dalam DAP, maka saya berpendapat bahawa pihak yang terjejas dengannya sebenarnya bukanlah PAS tetapi PKR.

“Ini kerana Datuk Yeop Adlan sendiri direkod memaklumkan kepada wartawan semalam, 10 November 2017, bahawa beliau sudah sangat lama tidak aktif di dalam PAS dan tidak berhubung dengan para pemimpin PAS.

“Kata beliau: “I was not active (in PAS), I was not in touch with them (PAS leaders), they were never in touch with me also, even earlier (than 2009).” (Saya tidak aktif (dalam PAS), saya tidak berhubung dengan mereka (para pemimpin PAS), mereka juga tidak pernah berhubung dengan saya, malah lebih awal (dari 2009),” katanya dalam Facebook.

lim guan eng lim kit siang DAP Bakal Berkubur Akibat Cengkaman Dua Beranak - Pemuda PAS

Tambah Dr Kamarul, kenyataan Yeop Adlan sebelum ini yang hanya memuji Kerajaan DAP Pulau Pinang sahaja memberi implikasi beliau tidak suka terhadap dengan Kerajaan PKR Selangor.

“Malah, dalam laporan portal berita DAP, RoketKini, pada 8 November 2017 pun, dalam keghairahan DAP memprojeksikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang DAP ketuai, laporan ini memuatkan kenyataan Datuk Yeop Adlan yang berbunyi “Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang diterajui DAP bersama rakan-rakan komponen Pakatan Harapan sebagai satu-satunya kerajaan negeri yang bersih, cekap dan amanah”.

“Pelik dengan laporan ini kerana bila disebut bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang adalah satu-satunya kerajaan negeri yang bersih, cekap dan amanah, maka ini boleh dibaca bahawa Kerajaan Negeri Selangor yang PKR ketuai tidak diakui sebagai kerajaan negeri yang bersih, cekap dan amanah,” katanya lagi.

Sumber: AIDC