Tuduh Melayu Pukimak: Nga Kor Ming Perlu Dikenakan Tindakan

Tuduh Melayu Pukimak: Nga Kor Ming Perlu Dikenakan Tindakan

Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming perlu dikenakan tindakan undang-undang kerana keceluparannya menuduh Melayu Pukimak terhadap Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir.

“Ini orang Melayu Pukimak,” kata Nga Kor Ming dalam satu ceramah kepada masyarakat Cina di Kampung Simee pada 16 November.

Naib Presiden Parti Cinta Malaysia Datuk Huan Cheng Guan berkata ucapan pemimpin DAP yang rasis seperti inilah punca jurang prejudis antara kaum di negara ini semakin melebar.

Menurutnya, tokoh politik seperti Nga Kor Ming perlu dipenjarakan untuk memberi pengajaran kepada ahli politik yang lain.

“Ini lah racist racist DAP. Mereka lah yang tanam kebencian yang menyebabkan Cina benci sama Melayu dan Melayu benci sama masyarakat Cina. Orang sebegini seharus diletak dalam penjara,” katanya dalam Facebook.

Sumber: AIDC