jenice lee khalid ibrahim Walaupun Dipecat DAP, Ceramah Masih Dapat Sambutan Komuniti Cina

Walaupun Dipecat DAP, Ceramah Masih Dapat Sambutan Komuniti Cina

Satu momentum baharu berlaku dalam kominiti Cina apabila ceramah yang membariskan bekas-bekas ADUN DAP yang dipecat daripada parti itu bersama bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mendapat sambutan di luar jangka.

Walaupun sudah dipecat daripada DAP, namun ceramah bekas ADUN Teratai, Jenice Lee dan bekas ADUN Teluk Datuk, Philip Tan tetap dikunjungi oleh komuniti Cina.

“Terima kasih kerana sokongan padu daripada penduduk Teratai. Anda semua telah membuat kejayaan ini.

“Saya juga ingin merakamkan penghargaan saya kepada Persatuan Penjaja Taman Muda, Persatuan Kebudayaan untuk Kanak-Kanak Empat Musim, YB Tan Seri Khalid Ibrahim dan Philip Tan,” kata Jenice Lee dalam Facebook.

Beliau berkata demikian sebagai merujuk satu ceramah di medan selera Bukit Teratai pada malam ini.

Jenice Lee dipecat daripada DAP selepas PRU 13 atas kesalahan bertanding sebagai calon bebas di DUN Teratai, manakala Philip Tan pula dipecat pada Mei lalu atas tuduhan menyalahgunakan dana.

Khalid Ibrahim juga telah dipecat daripada PKR pada Ogos 2014 yang menyebabkan beliau telah disingkirkan daripada meneruskan tugasnya sebagai Menteri Besar Selangor.

Sumber: AIDC